4 sungai di Kelantan lepasi paras bahaya

- Advertisement -

KOTA BHARU: Empat sungai di Kelantan melepasi paras bahaya dan empat lagi sudah melebihi tahap amaran ekoran banjir gelombang ketiga.

- Advertisement -

Menurut laman web publicinfobanjir.water.gov.my, Sungai Kelantan merentasi jajahan di negeri itu kini mencecah paras bahaya.

Ia membabitkan Sungai Kelantan di Kuala Krai, Sungai Golok di Kampung Jenob dan Rantau Panjang serta Sungai Kelantan di Kuala Besar berada di paras bahaya.

Maklumat portal itu menunjukkan Sungai Kelantan di Kuala Krai mencatatkan bacaan 27.01 meter melepasi paras bahaya iaitu 25.00 meter.

Selain itu Sungai Golok di Kampung Jenob menunjukkan trend sama iaitu 23.85 meter melepasi 23.50 paras bahaya.

Sementara itu Sungai Golok di Rantau Panjang juga mencecah 11.03 meter melebihi 9 meter.

Sementara Sungai Lebir dan Sungai Galas di jajahan Gua Musang, Sungai Nal di Kuala Krai dan Sungai Semerak di Pasir Puteh melepasi amaran. – HARAKAHDAILY 26/12/2023

- Advertisement -