YB dan COB MPAJ sila bantu flat Taman Muda

- Advertisement -

MINGGU lepas seorang ibu tunggal telah menghantar mesej kepada saya memohon bantuan kewangan kerana baru berpindah ke rumah sewa setelah terpaksa keluar dari rumah sewa yang lama. Pagi tadi dia menghantar lagi mesej memohon bantuan untuk membawa anak-anak ke klinik. 

Jadi pagi semalam saya telah turun untuk menyampaikan sedikit sumbangan bagi pihak Pertubuhan Forum Kesedaran Rakyat Negeri Selangor (FIKIR). Dia ada berkata telah memohon bantuan dari Pejabat YB tetapi diberitahu tiada bantuan kecuali untuk kes-kes seperti banjir. Saya malas hendak bertanya YB yang mana satu.

FIKIR tidak dapat memberi banyak tetapi cukup untuk tambang ke klinik kerana maklumlah FIKIR sebuah NGO yang kecil tidak ada banyak sumber seperti NGO-NGO besar yang lain.

Buat Majlis Makan Malam pun sekadar buat collection dari kawan-kawan. Mungkin tidak ramai yang percaya kepada FIKIR jadi tidaklah mendapat berjuta-juta atau beratus-ratus ribu Ringgit seperti NGO-NGO lain. Walau bagaimanapun usaha-usaha kami tetap diteruskan.

Tetapi yang menyedihkan saya pagi tadi adalah keadaan flat di mana ibu tunggal itu tinggal. Beliau tinggal di flat kos rendah di hadapan SK Taman Muda (seberang Jalan Bunga Raya).

Keadaan flat itu amat menyedihkan kerana saya lihat tidak diurus dengan baik. Jalan berlubang. Tempat permainan kanak-kanak penuh dengan semak samun.

Diharap YB-YB yang bertanggungjawab, Ahli Parlimen Pandan dan Ahli Dewan Negeri dapat membantu. Rasanya kawasan Dewan Negeri Teratai.

Pesuruhjaya Bangunan (COB) juga perlu turun membantu. 

DATO’ ISKANDAR ABDUL SAMAD – HARAKAHDAILY 8/12/2023

- Advertisement -

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!