Inisiatif bomba hasil robot ‘Serai Gorgon 1’ bantu operasi

- Advertisement -

KELMARIN, satu lagi berita baik telah saya terima di Bagan Serai.

Saya mendapat maklumat mengenai kejayaan pasukan Bomba dan Penyelamat Bagan Serai yang telah berjaya mencipta sebuah robot dikenali sebagai ‘Serai Gorgon 1’ (SG1).

Inisiatif ini dijalankan sebagai usaha mengelak risiko kecederaan dan memastikan operasi mengawal kebakaran serta penyelamatan berjalan lancar.

Alhamdulillah, sudah tentu besar manfaatnya untuk masyarakat setempat dalam usaha menyelamatkan nyawa dengan kaedah yang terbaik.

Apa yang menarik, 90 peratus robot ini dihasilkan dengan menggunakan material dari besi dan barangan elektrik terpakai yang menelan belanja sebanyak RM11,000.00.

Lebih membanggakan, SG1 mampu bertahan sehingga suhu mencecah 300 darjah Celsius dan mampu mengangkat beban sehingga 250kg.

Robot ini turut dilengkapi alat kawalan jauh, sistem kamera, pengesan gas, muncung semburan air dan ‘water curtain’.

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Tuan Ahmad Nor Syamsi Zainoldin serta seluruh anggota Bomba Bagan Serai yang bertungkus-lumus untuk menyiapkan robot ini.

Anda semua terbaik dan andalah wira rakyat. Teruskan berbakti kepada masyarakat demi kesejahteraan semua. Insya-Allah.

YB USTAZ IDRIS AHMAD
Ahli Parlimen Bagan Serai – HARAKAHDAILY 6/12/2023

Sumber: 
1. Berita Harian Online

- Advertisement -
- Advertisement -