Laporan SUHAKAM: Adakah kerajaan campur tangan?

Dato' Dr Dominic Lau Hoe Chai
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) merupakan satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 [Akta 597].

- Advertisement -

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina Othman Said berkata, peruntukan di bawah seksyen 21 Akta yang sama, suruhanjaya itu hendaklah mengemukakan satu laporan tahunan kepada Parlimen yang perlu merangkumi segala aktivitinya sepanjang tahun serta segala tindakan yang telah diambil oleh suruhanjaya berkenaan perkara-perkara yang telah dirujuk kepada suruhanjaya tersebut.

Katanya, bagi menjamin ketelusan penyediaan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan (LTPK) SUHAKAM, pihak kerajaan tidak menentukan perkara-perkara yang wajar dimasukkan ke dalam LTPK tersebut.

Beliu menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai di Dewan Rakyat, hari ini.

Dr. Dominic dalam soalannya meminta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan mempunyai sebarang peranan atau campur tangan termasuk menapis Laporan SUHAKAM agar ia menepati kehendak imej politik.

Walau bagaimanapun, ujar Azalina selaras dengan maklum balas yang telah diberikan oleh kementerian dan agensi semasa edaran Memorandum Jemaah Menteri bagi LTPK SUHAKAM, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM) sebagai urus setia dimohon untuk mengadakan exit conference dalam memastikan fakta-fakta yang dimasukkan dalam LTPK tersebut adalah bertepatan.

Selain itu, katanya kerajaan amat komited untuk membahaskan LTPK SUHAKAM di Parlimen sebagai cerminan kesungguhan kerajaan dalam memelihara dan melindungi hak asasi manusia melibatkan pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia. – HARAKAHDAILY 5/12/2023

- Advertisement -