Usaha kerajaan kurangkan hutang, defisit negara

Dato' Husain Awang
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan diminta menyatakan usaha kerajaan untuk mengurangkan hutang atau defisit negara selain daripada meningkatkan Cukai Perkhidmatan serta memperkenalkan Cukai Barangan Bernilai Tinggi seperti yang dinyatakan dalam pembentangan Belanjawan 2024.

- Advertisement -

Senator Dato’ Husain Awang mengemukakan soalan itu pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara, hari ini.

Senarai soalan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Negara daripada PAS, Bersatu dan Gerakan seperti di bawah.

Dato’ Haji Husain bin Awang minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat menyatakan sejauh mana keberkesanan Program Jerayawara KASIH KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual yang dilancarkan terutamanya bagi mengelakkan gangguan seksual di rumah dan tempat kerja.

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz minta Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya menyatakan apakah strategi Kerajaan untuk menerima sasaran ketibaan pelancong antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 dan perlu bersaing di rantau Asia Pasifik.

Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff minta Menteri Pendidikan menyatakan sejauh manakah perancangan pendigitalan pendidikan dan apakah persediaan untuk mengurangkan jurang pendidikan bagi murid bandar dan luar bandar yang tidak mendapat akses tersebut.

Datuk Razali bin Idris minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan pelan intervensi dan kajian dapatan untuk mempertingkatkan taraf hidup nelayan hasil bantuan kerajaan setiap tahun dalam belanjawan menerusi pemberian subsidi dan insentif elaun sara hidup, hasil tangkapan nelayan, penyediaan pukat dan bot serta pembinaan baharu termasuk membaik pulih rumah nelayan.

Dato’ Haji Husain bin Awang minta Menteri Kewangan menyatakan usaha Kerajaan untuk mengurangkan hutang atau defisit negara selain daripada meningkatkan Cukai Perkhidmatan serta memperkenalkan Cukai Barangan Bernilai Tinggi seperti yang dinyatakan dalam pembentangan Belanjawan 2024.

Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan berapakah bilangan perpustakaan desa di Kelantan dan berapakah yang lengkap dengan kemudahan prasarana digital. Apakah program-program yang dilaksanakan oleh perpustakaan desa dalam meningkatkan perpaduan, jati diri dan semangat cintakan negara.

Tuan Musoddak bin Ahmad minta Menteri Kewangan menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk membentangkan undang-undang bagi menangani kes perjudian dalam talian yang semakin berleluasa.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah Kementerian mempunyai sebarang pendekatan dalam merangka subjek teras (kurikulum) khusus untuk pengajian berkaitan demokrasi, kenegaraan, hak asasi manusia dan Perlembagaan Persekutuan di peringkat sekolah menengah.

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah pandangan awam mengenai Inisiatif Generasi Penamat (GEG) dan apakah langkah-langkah untuk menjayakan pelaksanaan polisi GEG.

Datuk Razali bin Idris minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah royalti minyak atau Wang Tunai Petroleum (WTP) yang diterima oleh Kerajaan Terengganu setakat ini dan adakah Kerajaan Pusat bersedia untuk mengurangkan lagi pemotongan hutang 25 peratus kepada kadar yang lebih munasabah.

Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian minta Menteri Pendidikan menyatakan rancangan Kerajaan untuk meningkatkan jumlah guru terlatih untuk mengatasi masalah kekurangan guru khususnya di Sarawak.

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan bagaimanakah Kerajaan dapat mengurangkan kebergantungan tenaga kepada sumber asli yang tidak boleh diperbaharui seperti arang batu.

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan apakah perkembangan terkini rancangan mengimplementasikan dasar larangan eksport bahan mentah nadir bumi.

Tuan Haji Hussin bin Ismail minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan status pelaksanaan aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan Kementerian berkenaan jenis padi yang tahan kemarau serta kajian pembangunan baka akuakultur yang mempunyai daya tahan menghadapi perubahan iklim.

Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian minta Menteri Perladangan Dan Komoditi menyatakan apakah perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) untuk penanaman secara besar-besaran di Malaysia.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai minta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan mempunyai sebarang peranan atau campur tangan termasuk menapis Laporan SUHAKAM agar ia menepati kehendak imej politik. – HARAKAHDAILY 5/12/2023

- Advertisement -