Rakyat makin tertekan setahun bawah kerajaan PH-BN

Tan Sri Annuar Musa
- Advertisement -

KOTA BHARU: Rakyat di negara ini terus dibelenggu kebimbangan setelah setahun pemerintahan kerajaan Madani di bawah PH-BN dilihat tidak membantu ekonomi rakyat.

- Advertisement -

Sebaliknya Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, kehidupan rakyat semakin tertekan sekarang.

Katanya, ketika rakyat dihimpit kesusahan, konsert Coldplay diluluskan kerajaan Madani.

“Malah lebih 1,500 lesen penjualan arak ditambah dengan diberi kelulusan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

“Lebih membimbangkan lagi visa warga negara China dan India dikecualikan kerajaan, manakala subsidi M40, T20 bakal dihapuskan dan cukai SST ditinggikan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau juga berkata, bayaran untuk rakyat mengerjakan ibadat haji semakin mahal sehingga menyukarkan penduduk miskin menunaikan Rukun Islam kelima.

Annuar yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan berkata, onar kerajaan Madani terhadap negeri-negeri diterajui pembangkang berterusan apabila royalti minyak cuba dilengahkan.

Sehingga sekarang Terengganu hanya menerima RM500 juta royalti petroleum tahun ini, manakala Kelantan diberi wang ihsan RM40 juta. – HARAKAHDAILY 4/12/2023

- Advertisement -