Kelantan pertimbang bantuan segera mangsa banjir di Tersang

- Advertisement -

RANTAU PANJANG: Kerajaan negeri akan menyelesaikan bantuan segera membabitkan seramai 58 keluarga penduduk terjejas banjir di Kampung Tersang.

- Advertisement -

Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Nassuruddin Daud berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai perkara tersebut bagi tindakan lanjut dalam tempoh terdekat.

“InsyaAllah kita akan selesaikan bantuan tersebut,” katanya ketika melawat mangsa terjejas banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, di sini, hari ini. (Foto atas)

Terdahulu, lebih 200 penduduk Kampung Tersang membabitkan 58 keluarga menuntut janji pimpinan kerajaan negeri pada Mac lepas bagi mengagih bantuan RM300 kepada mangsa banjir.

Sementara itu Menteri Besar menasihat ibu bapa supaya sentiasa mengawasi anak-anak daripada bermain banjir untuk mengelak sesuatu yang tidak diingini berlaku.

“Saya menasihati ibu bapa tolong ambil berat dan mengawasi anak-anak daripada bermain air banjir bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Kita tidak mahu ada kejadian lemas atau hilang dibawa arus banjir kerana di musim tengkujuh sekarang macam-macam perkara boleh berlaku,” katanya. – HARAKAHDAILY 4/12/2023

- Advertisement -