PRK P.040 Kemaman: Jauh berbeza kempen Umno dari PAS

- Advertisement -

KETUA Pemuda Umno Malaysia perlu menginsafkan diri dengan apa yang berlaku sehari sebelum hari pembuangan undi PRK Kemaman. Ramai ahli-ahli Umno sangat kecewa dan terkesan dengan tingkah laku yang tidak sewajarnya dicetuskan ketika saat akhir kempen. 

Budaya yang dibawa tidak kena dengan orang tempatan ditambah dengan lagak-lagak keterlaluan puteri-puteri Umno ketika flash mod yang menghina seorang warga emas dipercayai penyokong PAS seperti diviralkan telah menimbulkan kemarahan orang ramai.

Pengerusi Umno Terengganu sendiri telah terbabas teruk apabila cuba membawa budaya kempen fitnah terhadap Presiden PAS dengan fitnah keterlaluan seperti didakwa melibatkan dakwaan mandi bogel di kolah masjid jam 3 pagi. 

Hampir semua penyokong Umno mengatakan mereka tidak percaya apa yang didakwa oleh pemimpin nombor satu mereka. Ditambah mengaitkan Almarhum ayah Tuan Guru iaitu Haji Awang mengamalkan ilmu menyebabkan orang ramai seperti taksub kepada PAS. 

Langkah sumbang calon juga memberi kesan besar kepada penyokong Umno apabila dia sendiri mengaku dia ingat dia sekarang bertanding sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri. Berkali-kali pula dalam siri-siri ceramahnya mengaku dia tidak tahu hal-hal politik menyebabkan pengundi Umno hilang keyakinan.

Bagaimana jika menang nanti nak mengurus kawasan yang dimenangi kerana dangkal hal-hal politik. Sudah tentulah mereka rasakan mereka akan diabaikan. Ditambah pula penyokong Umno terkejut dengan kaitan skandal tanah milik koperasi Angkatan Tentera. 

Mereka juga hairan sepanjang kempen berlangsung, teramat sedikit  bilangannya Ahli-ahli Parlimen Kerajaan Pusat terutamanya dari Umno sendiri turun berkempen, kawan-kawan dari parti PH dan PKR juga tidak kelihatan. Mereka ada menyebut beberapa nama besar seperti Rafizi dan Saifudin Nasution. 

Isu DAP juga gagal diterjemahkan dengan baik oleh penceramah-penceramah Umno khasnya Datuk Asyraf Wajdi kata mereka. Isu ini memang sangat menakutkan mereka, kerana sehari sebelum mengundi, veteran DAP Lim Kit Siang melalui akaun media sosial miliknya menegaskan orang bukan-Islam boleh jadi Perdana Menteri. 

Pendekatan kempen melampau oleh Pihak Pengerusi FELDA yang dilihat menggunakan semua aset FELDA untuk berkempen secara terang-terangan berpihak kepada Umno juga menimbulkan pertanyaan kepada warga FELDA, sedangkan isu-isu mereka tiada perhatian serius diambil oleh pihak Pengerusi FELDA. 

Berbeza pendekatan PAS membawa bukti-bukti nyata dalam siri ceramah dan penerangan mereka kepada pengundi. Penyelesaian isu lapuk perumahan di FELDA Neram 1 banyak membuka mata generasi FELDA.

Penyerahan sebahagian geran tanah peneroka FELDA Neram 2 ketika pentadbiran YAB Menteri Besar ketika penggal lalu telah memperlihatkan kerajaan negeri tidak berpolitik retorik sebaliknya menunaikan janji-janji serta hak-hak peneroka diselesaikan dengan bersungguh-sungguh oleh kerajaan negeri. 

Didedahkan juga walaupun kerajaan boleh menyerahkan geran peneroka di FELDA Cerul tapi pihak PAS tidak mengambil kesempatan ketika kempen pilihan raya berlangsung. Sebaliknya amalan Umno ketika menjadi kerajaan yang akan mencari keuntungan politik mereka walaupun ketika kempen.

Penjelasan isu-isu hutang peneroka yang dikelirukan oleh Perdana Menteri sendiri yang mengatakan Perdana Menteri sebelum itu berbohong menghapuskan RM8.3 bilion peneroka. Sebaliknya ketika dia menjadi Perdana Menterilah hutang peneroka mulai dihapuskan.  Seluruh peneroka di 317 tanah Rancangan FELDA tahu siapa benar, siapa bohong. 

Dengan aktiviti ceramah yang agresif oleh tenaga penerangan PAS yang berjaya diadakan setiap malam dalam tempoh kempen di kesemua DUN walaupun ketika cuaca hujan di sebelah malam juga mampu meyakinkan pengundi kerana setiap kali ceramah ramai pimpinan diturunkan dari seluruh negara.

Team media sosial yang berpengalaman menguruskan strategi kempen melalui platform media sosial juga sangat membantu pengundi mendapat maklumat dan meraikan kesungguhan PAS dalam merayu undi agar memihak kepada calon PAS Dr. Sam.

Semua ini disahkan apabila Dr. Sam diisytiharkan mendapat 64,988 undi dan menang dengan majoriti melebihi sasaran awal yang disasarkan oleh PAS Terengganu. Dengan kemenangan bergaya majoriti 37,220 telah membuktikan. PAS, PERIKATAN NASIONAL bakal mencetuskan satu gerakan besar terhadap politik Malaysia selepas ini. 

Terima kasih kepada seluruh pengundi Kemaman kerana berani dan bijak. Analisis awal keputusan walaupun jumlah undi yang diperoleh PAS semasa PRU15 tidak menunjukkan perbezaan besar tetapi ukuran majoriti menampakkan pertambahan melebihi 10,000 undi. 

Catatan PRK Kemaman,

NARAZA MUDA
03 Disember 2023 – HARAKAHDAILY 3/12/2023

- Advertisement -
- Advertisement -