Pejuang Palestin serang hendap, kematian besar tentera zionis

- Advertisement -

JUMLAH angka korban rakyat Palestin akibat serangan udara dan pengeboman ganas tentera pengganas rejim zionis Israel di Semenanjung Gaza terus meningkat kepada 15,207 orang dengan lebih kurang 40, 652 lagi dilaporkan cedera. Menurut Ketua Pengarah Pejabat Media Kerajaan Semenanjung Gaza, dalam tempoh 24 jam lalu, lebih 700 warga Semenanjung Gaza terkorban akibat serangan udara dan pengeboman ganas tentera pengganas rejim zionis Israel.

- Advertisement -

2.. Tentera pengganas rejim zionis Israel terus melancarkan serangan udara dan pengeboman ganas ke atas wilayah dan bandar-bandar di Semenanjung Gaza seperti di bandar Gaza, Deir Al-Balah, Jabaliya, Deir Al-Malleh, Khanyounis, kejiranan Sheikh Ridwan, El-Yarmouk dan Al-Zaiton, Rafah, Shajaiya dan Beit Lahia.

3. Kumpulan pejuang Palestin membalas serangan udara dan pengeboman ganas tentera pengganas rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan melancarkan serangan roket dan artileri ke atas wilayah dan bandar-bandar yang dijajah rejim pengganas zionis Israel seperti di Kisovim, Tel Aviv, Nirim, Ashdoud, Sofa, Mivtahim, Majin, Sedirot dan Efiim termasuk kedudukan dan pangkalan tentera rejim pengganas zionis Israel di Ra’im dan Holit.

4. Pertempuran sengit terus berlaku antara kumpulan pejuang Palestin dengan tentera pengganas rejim zionis Israel di sekitar Semenanjung Gaza seperti di Sheikh Ridwan, Deir Al-Balah, Khanyounis, Al-Nasr, Jabalia, DirAl-Mahl dan Jahr Al-Dik. Laporan terkini menyatakan kumpulan pejuang Palestin telah melancarkan serangan hendap ke atas tentera pengganas rejim zionis di Juhr Al-Dik yang mengakibatkan jumlah kematian yang besar ke atas tentera pengganas rejim zionis Israel.

5. Tentera pengganas rejim zionis Israel menuntut warga Semenanjung Gaza di Jabaliya, Shajaiya, kejiranan Al-Zaiton dan bandar lama Gaza agar segera meninggalkan kediaman mereka.

6. Pertempuran sengit terus berlaku antara kumpulan pejuang dan anak muda Palestin di bandar-bandar di Tebing Barat seperti di Nablus, Jenin, Hebron, Qalqiliya dan Ramallah.

7. Tentera pengganas rejim zionis Israel terus menjalankan operasi tangkapan ke atas rakyat Palestin di Tebing Barat dengan semalam seramai 60 warga Palestin ditangkap termasuk 5 wanita dan bekas tahanan yang dibebaskan di sekitar Tebing Barat.

8. Tentera pengganas rejim zionis Israel terus melancarkan serangan udara dan artileri ke atas wilayah dan bandar-bandar di selatan Lubnan seperti di Kfarkla, Wadi Khansa, Majdiyah dan Shanouh. Dilaporkan juga berlaku serangan roket dari arah Syria ke atas kedudukan tentera pengganas rejim zionis Israel di wilayah yang dijajahnya di Bukit Golan.

9. Tentera Hizbullah membalas serangan udara dan artileri tentera pengganas rejim zionis Israel ke atas wilayah dan bandar-bandar di selatan Lubnan dengan melancarkan serangan roket dan artileri ke atas kedudukan dan pengkalan tentera regim pengganas zionis Israel di wilayah yang dijajahnya di selatan Lubnan seperti di Upper Galilee, Maar Kharba, Sheeba Farms, Kfarshuba, Ruisat Al-Alam dan Branit.

10. Tentera pengganas rejim zionis Israel melancarkan serangan udara ke atas bandar Damsyik di Syria dan dilaporkan oleh media Iran bahawa dua penasihat ketenteraan Tentera Pangawal Revolusi Iran telah terkorban akibat serangan tersebut.

11. Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Llyod Austin menyatakan sokongan Amerika Syarikat ke atas rejim pengganas zionis Israel tidak boleh dirundingkan dan tidak akan membiarkan kumpulan pejuang Palestin mencapai kemenangan.

12. Kementerian Pertahanan Britain menyatakan ia akan menjalankan operasi penerbangan peninjauan ke atas Lautan Mediterranean termasuk di ruang udara Semenanjung Gaza tanpa peranan pertempuran untuk mengesan tebusan.

13. Ribuan pendatang haram yahudi mengadakan demonstrasi besar-besaran di Tel Aviv menuntut pembebasan tebusan di Semenanjung Gaza dan mendesak regim pengganas zionis Israel untuk menghentikan peperangan di samping mendesak Benjamin Netanyahu meletakkan jawatan.

14. Perdana Menteri negara haram pengganas zionis Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran kepada Hizbullah agar tidak turut serta dalam peperangan di Semenanjung Gaza dan menambah ia akan membawa kehancuran kepada Lubnan.

15. Presiden Colombia Gustavo Pedro menyatakan bahawa serangan udara dan pengeboman ganas tentera pengganas rejim zionis Israel ke atas bandar Deir Al-balah di Semenanjung Gaza adalah amalan Nazi.

16. Demonstrasi besar-besaran yang menyokong perjuangan rakyat Palestin terus berlangsung di negara-negara di seluruh dunia seperti di Indonesia, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Denmark, Belanda, Maghribi, Austria, Syria, Yaman, Scotland, Finland dan Sepanyol.

Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin.

Disediakan oleh:
YB DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Luar Negara PAS Pusat – HARAKAHDAILY 3/12/2023

- Advertisement -