Judi: PAS konsisten haramkan, tetapi bagaimana kerajaan?

- Advertisement -

BILA Perdana Menteri ke-10 (PMX) cakap ‘Masa kamu perintah 3 tahun judi dari 8 naik jadi 22’.

Marilah kita saling mengingatkan apa yang berlaku sebelum PMX menconteng lebih banyak arang di muka sendiri dan semakin lupa diri.

Fakta pertama, PAS konsisten membantah.

Pada 2 Januari 2021, Dewan Pemuda PAS telah mengeluarkan kenyataan bantahan kepada langkah kerajaan mahu menambah kekerapan cabutan undi daripada 8 kali kepada 22 kali bagi tahun 2021.

PAS memohon untuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan (Umno) bersama Kementerian Kewangan untuk berbincang.

Pada 20 September 2021, Tengku Zafrul mengesahkan kebenaran kerajaan untuk menaikkan kadar cabutan judi kepada 22 kali.

Pada 22 September 2021, Dewan Pemuda PAS sekali lagi tegas menyatakan bantahan.

Pada 28 September 2021, YB Ustaz Fadhli memberi amaran agar kebenaran ditarik balik sebelum berlaku tentangan yang lebih hebat ketika membahas RMK-12 dalam Dewan Rakyat.

PAS membuktikan PAS membangkang apa yang tidak baik buat negara bukan hanya ketika menjadi pembangkang, juga ketika berada dalam blok kerajaan. PAS tidak hipokrit.

Fakta kedua, PAS menutup premis judi.

Bagi PAS, mengurangkan cabutan judi tidak akan membuatkan judi itu menjadi halal.

PAS mengambil langkah yang lebih berani dan dengan terus menutup premis jadi apabila berjaya mentadbir negeri.

Bermula dengan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Pada 16 November 2021, Lim Kit Siang menyeru pengundi di Melaka menolak PN, PAS dan BN kerana PAS mengharamkan perjudian di Kedah.

Fakta ketiga, kutipan cukai judi tertinggi berlaku pada zaman PH.

Berdasarkan Hansard Parlimen bertarikh 2 November 2021, statistik menunjukkan jumlah kutipan cukai daripada sektor perjudian adalah yang tertinggi pada tahun 2019 (PH).

Sejak 2010,

Kutipan cukai tertinggi pada 2019 : RM3.43 bilion.

Kutipan cukai terendah pada 2020 : RM1.72 bilion.

Kutipan cukai 2021 (sehingga September) : RM0.56 bilion.

Fakta keempat, PMX gagal buktikan tuduhan PN dapat dana judi.

Sebulan pertama menjadi Perdana Menteri, PMX berhalusinasi dengan membayangkan PN mendapat dana pilihan raya daripada syarikat judi.

Pada 25 Mei 2023, Menteri Undang-undang menjawab soalan lisan daripada YB Ustaz Fadhli Shaari bahawa SPRM gagal mengesahkan dakwaan itu dan tiada siasatan dibuka.

Logikkah ada syarikat judi yang mahu membiayai parti yang telah mengharamkan aktiviti mereka? Hanya PMX yang tahu.

Sekian.

MOHAMAD SUHAIMI ABD AZIZ
PAS Wilayah Persekutuan
3 Disember 2023 – HARAKAHDAILY 3/12/2023

- Advertisement -
- Advertisement -