Kenapa tidak PM bukan-Melayu? Kita jawab di Kemaman

- Advertisement -

PENGUNDI di PRK Kemaman hari ini boleh buat keputusan bagi pihak rakyat Malaysia.

Jika setuju dengan pandangan Tan Sri Kit Siang maka undilah komponen Kerajaan Madani yang didukung DAP – pangkah dacing.

Jika tidak setuju dan mahu menegaskan bahawa Malaysia yang penduduk majoritinya Melayu beragama Islam maka Perdana Menteri perlu kekal Melayu – pangkah bulan.

(Untuk makluman sila rujuk juga Perlembagaan Persekutuan untuk tahu dan kenal siapa itu Melayu.

Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan – orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan Bahasa Melayu dan (a) lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau Singapura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Persekutuan atau Singapura atau (b) ia adalah keturunan dari seseorang yang tersebut.)

Setuju Kit Siang pangkah dacing.

Setuju status quo pangkah bulan.

Kemaman for Dr Sam

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 2/12/2023

- Advertisement -
- Advertisement -