Dr Sam menang PRK Kemaman, majoriti lebih 37,000 undi

(Foto: UPDI)
- Advertisement -

KEMAMAN: Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berjaya mempertahankan kemenangan PAS yang mewakili PERIKATAN NASIONAL pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman yang diadakan hari ini.

- Advertisement -

Beliau menang dengan majoriti 37,220 undi apabila memperolehi 64,998 undi menewaskan calon BN, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang mendapat 27,778 undi.

Pegawai Pengurus PRK Parlimen Kemaman, Ahmad Farhan Abdul Wahab mengumumkan demikian di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Berlian Utama Majlis Perbandatan Kemaman pada jam 10.00 malam ini.

Menurut Ahmad Farhan, peratusan yang keluar mengundi adalah 65.76 peratus.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu, calon PAS, Che Alias Hamid memenangi kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi apabila memperolehi 65,714 undi, menewaskan Dato’ Seri Ahmad Said (BN-Umno) yang mendapat 38,535 undi, Hasuni Sudin (PH-PKR – 8,340) dan Rosli Ab Ghani (Pejuang – 506).

PRK Kemaman diadakan susulan Mahkamah Pilihan Raya di Kuala Terengganu telah membenarkan Petisyen Pilihan Raya P.040 Kemaman dengan kos sebanyak RM30,000 pada 26 September lalu.

Hakim Pilihan Raya Datuk Anselm Charles Fernandis memutuskan sedemikian dan selanjutnya mengisytiharkan bahawa Che Alias Hamid telah dilapor pilih secara tidak sah sebagai Ahli Parlimen bagi Bahagian Pilihan Raya P.040 Kemaman pada 19 November 2022 lalu. – HARAKAHDAILY 6/11/2023

- Advertisement -