PMX angkuh, ke mana hilang akal budi?

- Advertisement -

PERDANA Menteri ke-10 (PMX) kata PAS sombong dan angkuh.

Di pentas yang sama, PMX dengan angkuhnya memaklumkan bahawa beliau sebagai Perdana Menteri tidak akan memberi peruntukan serta projek kepada wakil rakyat pembangkang.

“Hari ini saya ada kuasa, saya tidak akan bagi projek itu kepada mereka (pembangkang).”

Mendengar ucapan tersebut;

Teringat ucapan PMX pada April lepas yang mengingatkan Melayu Islam untuk tidak terlalu selesa dan angkuh.

Teringat ucapan Ahli Parlimen PH yang secara terbuka dalam sidang media di Parlimen, “Ini kerajaan kami, ikut suka kami lah nak buat apa.”

Teringat nada sinis PMX dalam menjawab soalan pelajar matrikulasi sehingga pelajar tersebut dimalukan di hadapan seluruh peserta Temu Anwar.

Teringat bagaimana PMX dan barisan kabinetnya bukan sahaja tidak peduli bahkan dengan sombong menafikan kritikan serta teguran yang diberi oleh rakyat, ahli akademik dan pemain industri.

Siapakah yang sombong dan angkuh sebenarnya?

Sedemikian banyak kata-kata angkuh dan dusta dalam ucapan di Kemaman itu, saya setuju satu perkara dengan PMX, “Orang sombong tak layak jadi wakil rakyat.”

PMX telah jauh tersasar daripada moral seorang pemimpin yang baik. Seorang ketua negara yang berkuasa apabila ucapannya penuh dengan kesombongan, angkuh dan mengamalkan politik ugut maka rosaklah negara ini.

Pemimpin yang rendah akal budi sewajarnya direhatkan. Persepsi negatif rakyat yang sangat tidak berpuas hati dengan setahun pentadbiran Kerajaan Madani ini hanyalah permulaan kepada suatu malapetaka yang lebih besar bakal menimpa Kerajaan Madani pada hari ini.

Ke mana hilangnya akal budi?

Sekian.

ZURK AHMAD
Ketua Penerangan 
PAS Negeri Selangor
1 Disember 2023 – HARAKAHDAILY 1/12/2023

- Advertisement -
- Advertisement -