Adakah Sister in Islam masih jadi rakan strategik?

Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff menyentuh tentang Sister in Islam pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

- Advertisement -

Sehubungan itu, beliau meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan sama ada kementerian masih menjadikan Sister in Islam sebagai rakan strategik atau menjemput NGO tersebut bagi memberikan pandangan kepada pihak kementerian memandangkan status NGO tersebut yang bermasalah.

Beliau mengemukakan soalan itu pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat yang mula bersidang jam 10.00 pagi ini.

Ahli-ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL yang turut mengemukakan soalan seperti di bawah.

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kasim [Arau] minta Menteri Kesihatan menyatakan langkah-langkah drastik yang diambil Kementerian bagi mengekang kes denggi yang semakin meningkat. (Laporan peningkatan sehingga 4.7% pada minggu Epidemiologi ke-31 (ME31) bagi tempoh 30 Julai hingga 5 Ogos 2023, berbanding 2427 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya (2 kematian turut direkodkan) Kumulatif kes demam denggi yang dicatatkan setakat ini 71,193 kes berbanding 32,521 kes bagi tempoh sama tahun lepas iaitu peningkatan 118.9 peratus atau 38,672 kes).

Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Kesihatan menyatakan langkah pencegahan bagi memastikan jangkitan cacar monyet yang dilaporkan telah wujud di Malaysia tidak menular seperti virus COVID-19.

Tuan Mohd Syahir bin Che Sulaiman [Bachok] minta Menteri Pendidikan menyatakan langkah-langkah yang diambil pihak Kementerian untuk menyemai budaya perdebatan yang matang dan sihat dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah, khususnya dalam aspek kesedaran politik, advokasi polisi dan kecerdikan watan.

Tuan Zakri bin Hassan [Kangar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan tindakan yang perlu diambil terhadap warga asing yang berniaga di negara Malaysia seolah-olah berada di negara mereka sendiri.

Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta Menteri Pendidikan menyatakan pendirian Kerajaan berkenaan mengembangkan lagi program J-QAF ke peringkat sekolah menengah dan nyatakan halangan yang menyebabkan ianya masih tidak dilaksanakan sehingga sekarang walaupun pernah dicadangkan beberapa tahun yang lalu.

Dato’  Hajah  Siti  Zailah  binti  Mohd  Yusoff  [Rantau  Panjang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat menyatakan sama ada Kementerian masih menjadikan Sister in Islam sebagai rakan strategik atau menjemput NGO tersebut bagi memberikan pandangan kepada pihak Kementerian memandangkan status NGO tersebut yang bermasalah.

Datuk Haji Awang bin Hashim [Pendang] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah Kerajaan akan mempertimbangkan untuk melaksanakan kembali Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebagai langkah untuk meningkatkan pendapatan negara untuk dikembalikan dalam bentuk manfaat kepada rakyat.

Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi menyatakan usaha Kementerian yang terkini dalam membantu usahawan-usahawan informal dan mikro yang masih terjejas akibat kenaikan harga barang yang melampau sehingga menyebabkan kesukaran untuk usahawan ini memulakan semula perniagaannya.

Tuan Haji Kamal bin Ashaari [Kuala Krau] minta Menteri Pengangkutan menyatakan kemaskini terkini mengenai siasatan Pasukan Tugas Khas Kementerian Pengangkutan yang menyiasat JPJandora Papers agar bidaan nombor plat berlaku lebih telus dan tidak lagi dibeli secara pukal oleh scalper iaitu “pembeli hantu”.

Tuan Zakri bin Hassan [Kangar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengenai begitu ramai peniaga warga asing yang menjalankan perniagaan seolah-olah tanpa pengawasan pihak Kerajaan khususnya di Kuala Lumpur.

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Mohd. Yassin [Pagoh] minta Menteri Pembangunan  Usahawan  Dan  Koperasi menyatakan usaha Kerajaan untuk mempercepat pemulihan industri perusahaan kecil, sederhana dan mikro (PMKS), terutama dalam membantu usahawan Bumiputera yang amat terkesan pasca pandemik.

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [Kuala Langat] minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) berkaitan status keluaran tahunan tenaga kerja paramedik, pembantu perubatan dan jururawat di Malaysia, adakah pandemik COVID-19 yang lalu memberi kesan kepada kecukupan tenaga kerja kedua-dua bidang paramedik ini; dan

(b) justifikasi untuk membenarkan jururawat tanpa Sijil Pos Basik dari luar negara untuk berkhidmat di hospital-hospital swasta dalam negara kita.

Tuan Kalam bin Salan [Sabak Bernam] minta Menteri Pendidikan menyatakan perincian mengenai projek rintis kelas hybrid sebagai proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) baharu yang melibatkan 110 institusi pendidikan terpilih dan 550 kelas.

Dato’  Hajah  Siti  Zailah  binti  Mohd  Yusoff  [Rantau  Panjang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat menyatakan status terkini Anjung Sinar sebagai transit kepada alumni institusi Kanak-Kanak JKM yang sebatang kara dan berapa jumlah kanak-kanak yang berstatus Al-Laqit bawah jagaan JKM yang terkini.

Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi menyatakan perkembangan terkini program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) yang diselaraskan oleh Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) yang menawarkan harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran dan bagaimana pula prestasi dan peranan yang dimainkan oleh Coop Mart.

Dato’ Dr. Alias bin Razak [Kuala Nerus] minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) data dan statistik terkini pesakit diabetes mengikut negeri; dan

(b) sejauh mana keberkesanan langkah pencegahan yang telah dilaksanakan KKM bagi mengurangkan jumlah pesakit diabetes di seluruh negara. – HARAKAHDAILY 29/11/2023

- Advertisement -