Madani: Apakah harapan PM kepada MP pembangkang?

Dato' Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Apakah harapan YAB kepada ahli parlimen pembangkang,” tanya Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato’ Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal kepada Perdana Menteri.

- Advertisement -

Beliau mengemukakan soalan itu pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam soalannya, beliau meminta Perdana Menteri menyatakan apakah maksud dan harapan Kerajaan apabila melaksanakan konsep Kerajaan Madani dalam menggalakkan perpaduan di antara Ahli-ahli Parlimen dalam membangunkan negara secara bersama. Apakah harapan YAB kepada Ahli Parlimen Pembangkang.

Soalan daripada ahli-ahli parlimen PERIKATAN NASIONAL yang disenaraikan hari ini sebagaimana di bawah.

Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan secara terperinci bilangan lebuh raya yang mempunyai akses kepada laluan motosikal dan pelan terkini bagi menaik taraf laluan motosikal di mana-mana lebuh raya yang masih tidak dilengkapi dengan laluan motosikal.

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri menyatakan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 seperti berikut:

(a) bagaimanakah Kerajaan akan memperoleh wang sejumlah RM85.5 bilion dari pihak swasta (90% dari jumlah pelaburan RM95 bilion yang diperlukan sepanjang 7 tahun) bagi pelaksanaan NIMP 2030; dan

(b) langkah Kerajaan bagi meningkatkan Pelaburan Domestik (DDI) dalam tempoh pelaksanaan NIMP 2030.

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi [Tumpat] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan persediaan negara khususnya daripada sudut tenaga mahir seperti juruteknik eletrik dan insentif kepada generasi muda anak tempatan bagi menghadapi peningkatan perubahan gaya hidup dan teknologi baharu seperti motokar menggunakan petrol kepada penggunaan motokar hibrid dan eletrik sepenuhnya serta penggunaan dron yang lebih mesra alam sekitar.

Tuan Kalam bin Salan [Sabak Bernam] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan usaha proaktif dan inovatif Kementerian bagi memperkukuhkan keupayaan institusi pendidikan tinggi serta memacu kecermerlangan bidang penyelidikan Malaysia menerusi perkongsian dan kerjasama strategik termasuk di dalam dan luar negara.

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan:

(a) adakah Kementerian berhasrat menaik taraf Bahagian Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) kepada sebuah jabatan khusus yang lebih lengkap keperluannya; dan

(b) apakah langkah terkini Kementerian dalam menangani isu lambakan tunggakan kes pembahagian pusaka khususnya selepas Rang Undang-Undang Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2021 diluluskan Parlimen.

Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib [Parit] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri menyatakan usaha- usaha Kementerian untuk membuka peluang-peluang pekerjaan bagi rakyat kawasan Perak Tengah terutama di Seri Iskandar dengan membangunkan industri-industri berimpak tinggi.

Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [Jerantut] minta Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah menyatakan apakah status terkini cadangan saya sewaktu perbahasan bajet peringkat jawatankuasa iaitu mengenai mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Bandar Jerantut mengambil maklum yang Jerantut merupakan Bandar Taman Negara, dan akan memberi manfaat kepada 104,771 rakyat di Jerantut.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah [Langkawi] minta Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya menyatakan insentif tambahan terkini yang diberikan kepada pengusaha-pengusaha pelancongan tempatan bagi membantu mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden [Alor Setar] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan apakah dasar dan garis panduan terkini bagi penerokaan dan pemprosesan nadir bumi atau REE.

Dato’ Azman bin Nasrudin [Padang Serai] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan Malaysia telah diketahui umum sebagai sebuah negara yang kaya dengan sumber asli nadir bumi. Mengikut kajian Jabatan Mineral dan Geosains, Pusat Tenaga Atom dan Pusat Nuklear Malaysia, adakah nadir bumi yang terdapat di Malaysia mempunyai kesan radio aktif yang merbahaya kepada manusia dan alam sekitar.

Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [ Jerantut ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan:

(a) komitmen Kementerian dalam memastikan eksploitasi nadir bumi ini selamat dan terjaga flora dan fauna negara ini terutamanya di Jerantut; dan

(b) senarai lombongan haram nadir bumi yang telah dikenalpasti oleh pihak Kementerian.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan adakah dalam perancangan Kerajaan untuk memberi jaminan kepada pelajar lulusan SPM/STPM/STAM untuk menyambung pengajian di IPT tanpa beban hutang belajar yang tinggi sehinggakan ada yang mencapai puluhan ribu ringgit.

Tuan Fathul Huzir bin Ayob [Gerik] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan status lombong Rare Earth Element (REE) atau unsur nadir bumi yang telah beroperasi di Daerah Gerik, Hulu Perak dan telah mengeluarkan hasil pertama pada Februari sebanyak RM1.66 juta yang berada di Mukim Kenering. Malangnya ia melibatkan beberapa isu iaitu:

(a) berapakah hasil pengeluaran sebenar REE tersebut dan bagaimanakah pembahagian keuntungan atau hasil antara syarikat pelombong, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan (Majlis Daerah); dan

(b) sumber air yang mengalir memasuki perairan Sungai Perak dan tenaga pekerja yang digunakan tidak melibatkan secara menyeluruh warga Gerik.

Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib [Parit] minta Menteri Kerja Raya menyatakan inisiatif atau usaha Kementerian untuk mengadakan rundingan semula perjanjian konsesi lebuh raya dengan syarikat konsesi bagi mengurangkan kadar tol di seluruh negara.

 Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [Kuala Langat] minta Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah menyatakan perancangan Kerajaan bagi membangunkan lot-lot tanah yang telah diberikan milikan seolah-olah tidak terurus dan sebahagiannya telah dijual tapak di FELCRA Batu 8 Sijangkang.

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi [Kuala Kedah] minta Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya menyatakan:

(a) perancangan dan tindakan terkini untuk mempromosi produk pelancongan terbaru dalam negara; dan

(b) destinasi baru yang dikenal pasti sebagai tapak produk pelancongan baru di negeri Kedah.

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan:

(a) jumlah premis kediaman yang memasang solar panel di bawah Skim Permeteran Tenaga Bersih (NEM) 3.0 Rakyat; dan

(b) usaha Kementerian dalam menggalakkan lebih ramai pengguna untuk menyambut inisiatif NEM yang boleh memberi penjimatan dan kecekapan tenaga kepada pengguna.

Tuan Nurul Amin bin Hamid [Padang Terap] minta Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah menyatakan kedudukan semasa permohonan peruntukan pembinaan Titi Kampung Padang Setol Padang Terap yang telah runtuh pada 9 Ogos 2023.

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi [Kuala Kedah] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan usaha-usaha yang diambil bersama agensi Kerajaan Persekutuan yang lain bagi mengukuhkan kedudukan tebing-tebing sungai dan terusan di dalam Parlimen Kuala Kedah.             

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden [Alor Setar] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan adakah Kementerian bersedia untuk membenarkan mahasiswa bergiat aktif di dalam parti politik di dalam dan luar universiti.

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri Sumber Asli, Alam  Sekitar  Dan  Perubahan  Iklim menyatakan langkah-langkah yang telah diambil dalam menangani isu banjir terutamanya banjir kilat di ibu negara dan persiapan yang dilakukan untuk melindungi aktiviti-aktiviti perniagaan yang kebarangkaliannya boleh mencecah nilai ekonomi yang tinggi daripada turut terjejas semasa banjir.

Tuan Zakri bin Hassan [Kangar] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan adakah terdapat usaha- usaha untuk menggantikan paip air di Perlis memandangkan kadar kehilangan air begitu banyak melalui paip-paip yang bocor.

Kapten Azahari bin Hasan [Padang Rengas] minta Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah menyatakan sekiranya terdapat sebarang peruntukan yang dikhaskan untuk membaik pulih/penyelenggaraan dan melebarkan jambatan di kampung-kampung.

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad [Bagan Serai] minta Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah menyatakan sejauh mana penduduk di luar bandar menerima manfaat daripada pelbagai inisiatif dan usaha Kerajaan dalam usaha membasmi kemiskinan memandangkan Insiden Kemiskinan Tegar di luar bandar lebih tinggi iaitu 0.7% berbanding 0.1% di kawasan bandar.

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [Merbok] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan kaedah pihak Kementerian untuk mengawal pencemaran bau di SK Bukit Kiara yang dibina berhampiran kolam takungan air limbah dari kawasan perindustrian berhampiran. Hal ini amat merisaukan. – HARAKAHDAILY 28/11/2023

- Advertisement -