Defisit tanda gagal urus bajet negeri? 

- Advertisement -

SEMALAM Kedah bentang Bajet 2024 dengan anggaran defisit RM104.1 juta. Tidak kurang juga ada yang menyerang Kerajaan Negeri sebagai gagal mengurus kewangan negeri sebab defisit.

Satunya, kita kena baca bersama kedudukan Kumpulan Wang Disatukan (CF) yang terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan dan Akaun Amanah Disatukan. 

Kalau kita tengok Laporan Ketua Audit Negara tahun 2021, Kumpulan Wang Disatukan Kedah bagi tahun 2021 adalah RM497.58 juta.

Jumlah ini meningkat daripada RM357.08 juta pada tahun 2020 dan;

RM320.48 juta (2019).
RM74.57 juta (2018).
RM153.92 juta (2017).
RM70.69 juta (2016).

Ertinya, Kumpulan Wang Disatukan Kedah konsisten mencatatkan peningkatan daripada RM70.69 juta (2016) sehingga ke RM497.58 juta (2021). 

Dua, Akaun Hasil Disatukan juga mengalami peningkatan.  

Akaun Hasil Disatukan tahun 2021 meningkat daripada negatif RM542.7 juta kepada negatif RM490.02 juta. 

Sebab apa semakin meningkat? 

Sebab Kedah catat surplus bagi tahun 2021. Keseluruhan surplus Bajet Kedah 2021 adalah RM52.68 juta.

Salah satu dorongan dia adalah kutipan hasil Kedah cecah 95 peratus daripada anggaran asal iaitu RM688 juta. Faktor lain kena cari status semalam aku dah tulis.

Tiga, kalau defisit tanda kegagalan, maka bagaimana dengan defisit RM36.05 juta dalam Bajet 2017 dan defisit RM49.38 juta (Bajet 2018)? 

Zaman siapa gagal juga itu?

Tambahan lagi, tahun 2021 itu juga Kedah dapat pengiktirafan Sijil Bersih Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2021.

Sijil tersebut bukti pengurusan kewangan yang bersih berdasarkan Akta Tatacara Kewangan 1957, Piawaian Perakaunan Kerajaan Malaysia dan International Public Sector Accounting Standard (Financial Reporting under the Cash Basis of Accounting).

Defisit bajet di peringkat negeri ini sebenarnya normal sebab hasil negeri tidaklah sebesar Persekutuan. Melainkan kalau negeri itu ada royalti sumber alam dan sumber luar. 

Satu lagi faktor sebab kena tengok keseluruhan Kumpulan Wang Disatukan negeri macam diterangkan di atas dan faktor-faktor lain.

Terengganu boleh bentang anggaran bajet berimbang RM1.86 bilion sebab ada royalti minyak. Bajet berimbang, bukan defisit. Surplus pun tak. Cukup-cukup. 

Kedah dah letak royalti 15 peratus untuk karbonat REE. Insya-Allah kita boleh sasarkan kutipan hasil yang lebih tinggi lepas ni.

Wallahua’lam.

HAFIZ MANSOR – HARAKAHDAILY 27/11/2023

Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0XRYw3rwz3BzB2C5AN8RcsUTo8pr5gcuSywecYerAb2AYSvcYU9NfoAtDaLRciRXQl&id=100001607375200&mibextid=Nif5oz 

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -