Bersatu masih perlukan kepimpinan Muhyiddin

- Advertisement -

SHAH ALAM: “Saya akan terus mempertahankan jawatan saya sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Malaysia,” kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

- Advertisement -

Menurutnya, keputusan demikian diambil setelah berbincang dengan isteri dan mendengar segala rayuan daripada setiap ahli Bersatu termasuklah dalam kalangan Ahli Majlis Tertinggi.

Tambah beliau, keputusan itu dibuat memandangkan setiap ahli Bersatu menyatakan bahawa kepimpinan beliau masih lagi diperlukan dalam mentadbir parti itu.

“Setelah isteri saya sendiri pun menyatakan supaya saya tidak mengecewakan setiap ahli parti Bersatu, maka saya sendiri akan kekalkan jawatan saya sebagai Presiden parti Bersatu,” katanya semasa menyampaikan ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2023 di IDCC, di sini hari ini.

Keputusan tersebut mendapat sokongan daripada setiap ahli parti dan bergembira di atas keputusan tersebut. – HARAKAHDAILY 25/11/2023

- Advertisement -