Bukti kebodohan sekular

- Advertisement -

KEBODOHAN DAP dipanjangkan Utusan dan disambut walanon. Konon hebat sangat sindiran ini.

Cuba jawab soalan ini. DAP dan pakatan pembangkang berjaya merampas Penang, Selangor dan Perak tahun 2008. Sebelum itu semua fasiliti, BN yang buat. DAP benci dan boikot parti BN sebelum itu dan selepas itu sehingga mereka bercumbu mulut tahun lepas.

Soalannya, sewaktu DAP memerintah itu, adakah semua fasiliti itu dirobohkan sebab ia didirikan oleh Umno atau DAP tetap menggunakan sebab ia sudah wujud?

PAS di Kelantan 1990, Terengganu 1999 dan Kedah 2008 sudah memaklumkan yang semua benda itu tetap digunakan, PAS tak akan musnahkan semua hanya kerana benci kepada BN. Sama juga dengan kakitangan kerajaan dan juga anggota keselamatan, semua akan digunakan khidmat mereka, tidak akan dipecat, hanya kerana mereka diambil bekerja oleh BN dan juga walau mereka penyokong kuat BN. 

Jika sudah membeli Mercedes tetapi mahu dimusnahkan atau dijual semata-mata kerana boikot Israel seperti saranan DAP, maka kenapa DAP tetap menggunakan semua fasiliti yang BN bina sebelum DAP memerintah, sedangkan DAP membenci BN?

Islam tidak ajar penganutnya membazir, isu penganutnya tidak mahu ikut, itu isu lain. Agama lain kita tak tahu apa ajaran mereka, tapi yang kita tahu, hanya PAS yang menurut arahan agama, manakala semua parti tidak mahu ikut agama dalam tindakan politik mereka atau dipanggil sekular.

Islam mendidik manusia menjadi cerdik dan menyelamatkan manusia, itu bezanya.

MOHD NASIR ABDULLAH
25 November 2023 – HARAKAHDAILY 25/11/2023

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!