Satu PPS dibuka untuk 7 keluarga

- Advertisement -

RANTAU PANJANG: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff turun padang memantau dan bertemu sendiri penduduk tempatan yang menjadi mangsa banjir di kawasan Rantau Panjang.

- Advertisement -

Menurut beliau, setakat ini ada tujuh keluarga yang sudah berpindah di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di Sekolah Kebangsaan Tok De, Rantau Panjang.

Katanya sudah ada kampung-kampung yang tenggelam iaitu kampung yang berada di tepi sungai termasuk kampung Tersang.

“Air sudah penuh di rumah-rumah dan halaman rumah mereka. Buat masa ini hujan renyai. Kita harap supaya tidak berlaku banjir besar.

“Kita sedang berusaha dengan kerjasama ADUN dan sukarelawan untuk menyediakan bekalan yang perlu untuk membantu mangsa banjir,” katanya kepada Harakahdaily. 

Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan ini mengajak umat Islam supaya bersama-sama berdoa supaya tiadk berlaku banjir besar sebagaimana yang telah berlaku tahun lalu.

“Kak Lah mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada semua agensi kerajaan iaitu pihak polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Bomba, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang sentiasa memantau keselamatan dan keperluan mangsa-mangsa terutama di kawasan yang beririsko banjir,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/11/2023

- Advertisement -