Pengeluaran beras di Kelantan 208 peratus

Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan sehingga sekarang merupakan negeri kedua tertinggi pengeluaran padi selepas Kedah iaitu 333,000 metrik tan pada 2021.

- Advertisement -

Pengerusi Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi negeri, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, tahap sara hidup pengeluaran beras di Kelantan pada tahun 2020 sebanyak 208 peratus.

Katanya bekalan beras di Kelantan lebih daripada mencukupi bagi keperluan penduduk tempatan.

“Pelbagai langkah diambil kerajaan negeri untuk memastikan keterjaminan makanan negara tercapai.

“Antaranya bagi menambah keluasan penanaman padi, antaranya di Machang dikenal pasti seluas 7,000 ekar akan ditingkat penanaman padi sekali kepada dua kali setahun,” katanya menjawab soalan Adanan Hassan (PN-Kelaboran) pada persidangan Dun hari ini.

Menurutnya juga perancangan pemodenan skim pertanian dan menaik taraf sistem pengairan di Machang dipohon melalui Rolling Plan 4 Rancangan Malaysia Ke-12 melibatkan kos RM12 juta.

Kata beliau pada September lepas Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) siap melaksanakan tiga projek berkaitan pembangunan saliran padi membabitkan kos RM450,000.

Beliau berkata segala usaha tersebut dilaksana bagi meningkatkan peluaran beras mencukupi untuk menampung kekurangan beras di pasaran tempatan sekarang. – HARAKAHDAILY 23/11/2023

- Advertisement -