Perjelaskan kemajuan pelan guna tenaga diperbaharui

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dato’ Wira Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) meminta Kementerian Ekonomi menyatakan projek-projek strategik dan inisiatif dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Menurutnya, pelan itu yang dilancarkan pada 27 Julai lepas bertujuan bagi mencapai 70 peratus tenaga diperbaharui menjelang 2050.

- Advertisement -

Selain itu, beliau bertanya mengenai kemajuan yang dicapai selepas empat bulan pelancaran pelan itu.

“Apakah kemajuan yang dicapai setakat ini dan kementerian mana yang akan menjadi peneraju dam NETR.

“Saya juga mahu bertanya adakah Petronas menjadi antara pemegang taruh utama dalam NETR,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan ketika sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, keseluruhan perlaksanaan NTER dipantau oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menerusi Majlis Tenaga Negara.

“Setelah disaring, kita ada 10 projek perdana termasuk Prasarana, Khazanah Nasional, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sime Darby Propety, KPK Malakoff dan juga Petronas.

“Dari segi peneraju pula merentasi beberapa kementerian tetapi keseluruhan perlaksanaan dan tatakelola akan dipantau oleh Majlis Tenaga Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri manakala sekretariat di Kementerian Ekonomi,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/11/23

- Advertisement -