Adun perlu proaktif bantu bantu rakyat di lokasi banjir

- Advertisement -

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan menyarankan rakyat di negeri itu menunaikan solat hajat dan berdoa kepada Allah SWT untuk memohon keselamatan dan kesejahteraan dilindungi daripada banjir besar.

- Advertisement -

Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, biarpun hujan agak reda malam tadi, namun cuca kembali mendung hari ini.

Malah katanya Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kelantan bertambah satu lagi menjadikan tujuh PPS dibuka pagi tadi.

“Semalam Jabatan Meteorologi Malaysia memberi amaran hujan berterusan dan semakin buruk hasil simulasi model ramalan banjir.

“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia meramalkan kejadian banjir akibat limpahan air sungai boleh berlaku sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di negeri ini,” katanya di sini.

Hari ini PPS itu dibuka di Dewan Kompleks Kamil Pasir Puteh di kawasan DUN Limbongan yang menempatkan 29 mangsa banjir.

Sehingga kini seramai 390 penduduk daripada 100 keluarga dipindahkan di tujuh PPS di Kelantan.

Pada petang semalam tiga PPS dibuka iaitu dua di Pasir Puteh dan satu di Bachok melibatkan 79 mangsa daripada 18 keluarga.

Di Pasir Puteh pemindahan melibatkan 72 mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja dan PPS Sekolah Kebangsaan Dalam Rhu.

Manakala di Jajahan Bachok, tujuh mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Jelawat.

Menteri Besar juga berkata, beliau mengarahkan kepada semua agensi terlibat dan wakil-wakil rakyat mengambil langkah yang perlu bagi membantu rakyat di kawasan masing-masing.

“Saya juga berharap rakyat Kelantan sentiasa peka situasi cuaca. Patuhi arahan pihak berkuasa terutama arahan untuk berpindah sebelum menjelang waktu Maghrib.

“Awasi keselamatan ahli keluarga, kanak-kanak dan orang tua,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 22/11/2023

- Advertisement -