Adun Bukit Panau dilantik Pengerusi PAC

Dato' Abdul Fattah Mahmood
- Advertisement -

KOTA BHARU: Adun Bukit Panau, Dato’ Abdul Fattah Mahmood dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan.

- Advertisement -

Cadangan itu dibuat Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

Menurutnya pelantikan seorang pengerusi bersama lima wakil rakyat kerajaan dan seorang pembangkang bagi memeriksa peruntukan diberi oleh Dun dan kerajaan.

“Dewan ini melantik sebuah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negeri (PAC) bagi tempoh Dewan Negeri Kelantan Ke-15 yang mengandungi seorang pengerusi dan enam ahli jawatankuasa PAC.

“Ini mengikut peraturan 110 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap Dewan Negeri Kelantan sebuah jawatankuasa PAC Kelantan perlu ditubuhkan untuk memeriksa kira-kira negeri,” katanya.

Cadangan tersebut kemudian disokong Timbalan Menteri Besar, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan. Setiausaha Dewan turut dilantikan sebagai setiausaha PAC.

Selepas itu Speaker Dun Dato’ Sri Amar D’Raja Mohd Amar Abdullah mengemukakan cadangan itu dibahas, namun mendapat sokongan kesemua Adun tanpa bahas.

PAC turut disertai Adun Salor Saizol Ismail; Adun Chempaka Nik Baharum Nik Abdullah; Adun Kelaboran Mohd Adanan Hassan; Adun Cetok Zuraidin Abdullah; Adun Bukit Bunga Mohd Almidi Jaafar dan Adun Galas Mohd Syahbuddin Hashim (pembangkang). – HARAKAHDAILY 22/11/2023

- Advertisement -