Perjelaskan rancangan perluasan sistem EMR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta memberi penjelasan mengenai status aplikasi yang digunakan seperti MySejahtera di samping komitmen kerajaan melaksanakan Rekod Perubatan Elektronik (EMR).

- Advertisement -

Dato’ Ahmad Yahaya (PN-Pokok Sena) berkata, kerajaan akan melaksanakan EMR secara bersepadu kepada fasiliti kesihatan seluruh negara yang dijangka bermula dua tahun lagi.

Katanya,, sistem EMR yang akan dilaksanakan itu dapat membantu proses perkongsian maklumat kesihatan termasuk temu janji pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

“Sejauh manakah perluasan sistem EMR telah dilaksanakan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seluruh negara sehingga kini.

“Bagaimanakah EMR membantu mempercepatkan proses perkongsian maklumat kesihatan termasuk temu janji pesakit bagi memastikan perkhidmatan kesihatan yang cekap,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, menjadi keutamaan untuk melaksanakan digitalisasi sektor kesihatan.

Mengenai cadangan melaksanakan EMR, katanya KKM melihat proses pendigitalan masih lagi pada kadar yang sangat rendah sebelum dilaksanakan.

Katanya, peringkat pertama EMR akan dilaksanakan di Negeri Sembilan bagi menyediakan satu perkhidmatan dan penyampaian maklumat secara lebih menyeluruh menyeluruh.

“Kita akan berusaha untuk mencapai keperluan digitalisasi seluruh fasiliti kita ini dalam masa terdekat, saya jangka hari itu 2030, model sistem yang baharu ini kita boleh capai.

“Kemudian temu janji kita telah ada dalam Mysejahtera bangunkan online, setakat ini kalau dilihat lebih 35,000 temu janji dalam sehari jadi rakyat telah meggunakan sistem ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/11/2023

- Advertisement -