Himpunan LGBT: Tiga kertas siasatan dibuka

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak tiga kertas siasatan telah dibuka bagi tempoh 2019 sehingga Oktober lalu iaitu satu bagi tahun 2019 dan dua bagi 2023 melibatkan kes yang seumpama himpunan LGBT di Malaysia.

- Advertisement -

Menurut Kementerian Dalam Negeri, satu kertas siasatan telah di NFA 18/3/2019 dan dua lagi kertas siasatan masih dalam kajian pihak Jabatan Peguam Negara.

Ktanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 ke atas lapan (8) lelaki yang berhimpun di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur pada 27hb Julai 2023.

“Kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Pendakwa Raya untuk kajian lanjut,” ujarnya dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Dato’ Ahmad Saad @ Yahaya [PN-Pokok Sena] di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad dalam soalannya meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan perkembangan siasatan terhadap himpunan yang turut disertai golongan LGBT di ibu kota beberapa bulan lalu yang juga dipercayai terlibat dalam kumpulan ajaran Ahmadi The Religion of Peace and Light. – HARAKAHDAILY 20/11/2023

- Advertisement -