Puluhan ribu rakyat munajat pertahan Enakmen Syariah

- Advertisement -

KOTA BHARU: Puluhan ribu rakyat Kelantan menadah tangan ke langit di padang stadium ketika hujan mencurah ke bumi Serambi Mekah pada munajat mempertahankan Enakmen Syariah Kelantan.

- Advertisement -

Hajat hajat diimamkan ulama terkenal Syeikh Wazir Che Awang selepas solat IsyaK di tengah hujan dengan sekali lebat.

Doa dibaca meresap ke dalam jiwa puluhan ribu rakyat Kelantan dan dari negeri-negeri lain demi mempertahankan perundangan Islam yang sedang dicabar di mahkamah sekarang.

Hadir sama pada himpunan bersejarah itu Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud, Timbalan Menteri Besar Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan, Speaker Dun Kelantan Dato’ Mohd Amar Abdullah.

Hadir sama Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddun Hassan, wakil kerajaan Terengganu, Kedah dan Perlis.

Turut hadir rombongan dari Perak, Pahang dan pelbagai negeri bagi sama-sama mempertahan perundangan Islam di negara ini. Ada yang tiba pagi tadi di Kota Bharu.

Himpunan munajat dimulakan dengan ucapan wakil-wakil NGO termasuk I-Gred, Luham, Awang Selamat, Pertubuhan Cina Muslim, Pusat Pembangunan Pondok Berhad, NGO Orang Kelainan Upaya. – HARAKAHDAILY 18/11/2023

- Advertisement -