Tentera zionis bom ‘Sekolah Malaysia’ di Kem Nusirat

- Advertisement -

TENTERA pengganas rejim zionis Israel mengebom ‘Sekolah Malaysia’ di kem pelarian Nusirat yang menjadi tempat perlindungan ratusan warga Semenanjung Gaza daripada pengeboman ganas tentera pengganas rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza.

- Advertisement -

2. Tentera pengganas rejim zionis Israel terus melancarkan serangan udara dan pengeboman ganas ke atas kawasan dan bandar-bandar di Semenanjung Gaza seperti di bandar Gaza, Kahnyounis, kejiranan Sabra dan Al-Zaitoun, Beit Lahia dan Jabalia.

3. Kumpulan pejuang Palestin membalas serangan udara dan pengeboman ganas tentera pengganas rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan melancarkan serangan roket ke atas wilayah dan bandar yang dijajah rejim pengganas zionis Israel seperti di Sedirot serta kawasan dan penempatan haram yahudi di sekitar Gaza termasuk kedudukan dan pengkalan tentera pengganas rejim zionis Israel di Nir Yitzhak, Nahal Oz, Nir Am, Mivtahim dan Sofa.

4. Pertempuran sengit terus berlaku antara kumpulan pejuang Palestin dengan tentera pengganas rejim zionis Israel di sekitar Semenanjung Gaza seperti di Juhr Al-Dik dan Beit Lahia. Dilaporkan ketika ini sedang berlangsung pertempuran yang amat sengit antara kumpulan pejuang Palestin dan tentera pengganas rejim zionis Israel di sekitar kawasan Hospital Al-Shifa. Berikutan pertempuran sengit yang berlaku dilaporkan 3 pegawai tentera pengganas regim zionis Israel mati manakala 2 lagi anggota tentera pengganas regim zionis Israel cedera parah.

5. Tentera pengganas rejim zionis Israel terus mengebom kawasan sekitar mahupun hospital-hospital yang masih beroperasi di Semenanjung Gaza seperti Hospital Indonesia.

6. Pertempuran sengit terus berlaku antara kumpulan pejuang dan anak muda Palestin dengan tentera pengganas rejim zionis Israel di bandar-bandar di Tebing Barat seperti di Tubas, Baitul Laham, Kfardan, Tulkarm, Qalqaliya, Jenin dan Nablus.

7. Tentera pengganas rejim zionis Israel terus melakukan operasi tangkapan ke atas warga Palestin di Tebing Barat dengan semalam seramai 85 warga Palestin ditangkap dipelbagai lokasi di Tebing Barat.

8. Pendatang haram yahudi dengan perlindungan polis pengganas rejim zionis Israel menyerang warga Palestin di kejiranan Arman di timur Baitul Maqdis.

9. Tentera pengganas rejim zionis Israel terus melancarkan serangan udara dan artileri ke atas wilayah dan bandar-bandar di selatan Lubnan seperti di Wamies Al-Jabal, Aita Al-Shaab, wilayah Lebouna, Muhaibib, Naqoura, Ramia, Beit Liv, Kfarkla dan Taiba.

10. Tentera Hizbullah membalas serangan udara dan artileri tentera pengganas rejim zionis Israel di selatan Lubnan dengan melancarkan serangan roket dan artileri ke atas kedudukan dan pengkalan tentera pengganas rejim zionis Israel di kawasan dan wilayah yang dijajahnya di selatan Lubnan seperti di Galilee, Shtula, Al-Asi, Marj, Muskaf, Yiftah Al-Muskari, Merkaba dan Al-Jalil.

11. Demonstrasi besar-besaran yang menyokong perjuangan rakyat Palestin terus berlangsung di negara-negara di seluruh dunia seperti di Ireland, Britain dan Amerika Syarikat.

Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin.

Disediakan oleh:
YB DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat
ADUN Batu Buruk – HARAKAHDAILY 16/11/2023

- Advertisement -