Graduan UniMAP terlajak laris

- Advertisement -

ARAU: Sebanyak 70 peratus graduan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mendapat pekerjaan sebelum mereka menerima ijazah pada hari konvokesyen.

- Advertisement -

Naib Canselor UniMAP, Prof Dr Zaliman Sauli berkata, peratusan itu diperoleh berdasarkan Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) kendalian Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Katanya graduan akan menyertai konvokesyen pada 18 hingga 21 November ini, namun 70 peratus daripada mereka sudah mendapat pekerjaan.

“Alhamdulillah, memang graduan kita boleh dikatakan terlajak laris, seperti diketahui UniMAP sebuah universiti teknikal yang memperkasakan agenda pendidikan latihan teknikal dan vokasional (TVET).

“Di mana hampir 70 peratus program yang ditawarkan berasaskan TVET peringkat diploma dan ijazah sarjana muda,” katanya pada sidang media sempena Istiadat Konvokesyen ke-18 UniMAP di sini, hari ini.

Menurut beliau, perkembangan tersebut dicapai menerusi kerjasama universti dengan pemain industri.

Katanya kerjasama universiti dengan industri yang begitu akrab, di mana setiap fakulti mempunyai rakan strategik industri masing-masing.

“Graduan yang kita keluarkan boleh dikatakan sebagai industrial ready graduate, jadi latihan dan silibus yang diberi sepanjang pengajian memenuhi kehendak mereka,” ujarnya.

Sementara itu seramai 3,555 graduan UniMAP bakal menerima ijazah masing-masing dalam istiadat yang berlangsung selamat empat hari bermula 18 November ini.

Daripada jumlah itu, seramai 551 penerima diploma, ijazah sarjana muda (2,657 orang), sarjana (121) dan doktor falsafah (67).

Manakala sejumlah 159 orang lagi graduan Pusat Pembangunan Profesional dan Pembelajaran Berterusan (PDCE).

- Advertisement -