Penjelasan mengenai status pembangunan Startup

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Ahmad Amzad Hashim (PN-Kuala Terengganu) meminta penjelasan kerajaan mengenai status pembangunan Startup (industri pemula) yang sebelum ini berada di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan inovasi.

- Advertisement -

“Saya anggap ini adalah perkara baharu memandangkan peruntukan sebelum ini tiada untuk pembangunan Startup.

“Persoalan yang ingin saya bangkitkan adakah Kementerian Ekonomi akan mula mengambil alih pembangunan Startup? Kerana sebelum ini ia dimasukkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

“Adakah ia perkara berlainan atau sememangnya adalah satu tambahan baru yang boleh meningkatkan lagi pembangunan ekosistem Startup atau ada pertindanan fungsi?” soalnya ketika sesi perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Ekonomi, Belanjawan 2024, di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu menurut Ahmad Amzad, peruntukan untuk program atau projek pembangunan ekonomi tahun ini menurun kepada RM900 juta.

“Saya mohon perincian, apakah program atau projek pembangunan ekonomi yang diletakkan di bawah butiran ini?

“Saya menyarankan agar Kementerian Ekonomi dapat memfokuskan kepada mewujudkan sektor ekonomi baharu, mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/11/2023

- Advertisement -