Institusi syariat Islam dalam bahaya!

- Advertisement -

INILAH konklusi yang boleh digambarkan pada hari ini.

“Kes yang difailkan seorang peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid terhadap Kerajaan Negeri Kelantan adalah noktah penghujung sebelum ‘batu nisan’ diletakkan ke atas Mahkamah Syariah di negara ini.” – Yusfarizal Yusuf, Peguam.

Kes Nik Elin ini jika berjaya, maka segala hukuman jenayah Syariah akan terhapus dan tiada lagi undang-undang bagi orang Islam yang melanggar syariat di negara ini.

Hanya ada satu jalan kepada penyelesaian untuk isu ini. Pinda Perlembagaan!

Seluruh Ahli Parlimen Malaysia digesa untuk bertanggungjawab menyelamatkan Institusi Syariat Islam dalam negara kita.

Jangan kita tunduk kepada tuntutan mereka yang ingin merobek paksi kepada syariat Islam dalam negara kita.

Hari ini, Sekretariat Syariah Islam daripada pelbagai NGO Melayu dan NGO Islam hadir ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum kepada Ahli-ahli Parlimen PN demi merayu agar pindaan Perlembagaan dilakukan dalam kadar segera.

Ya, Allah bantulah perjuangan kami ini!

JABATAN PENERANGAN
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 8/11/2023

- Advertisement -
- Advertisement -