NGO Malaysia hantar makanan kali ketiga ke Gaza

- Advertisement -

KOTA BHARU: iReach Malaysia-Gaza sehingga sekarang berjaya menghantar sumbngan orang ramai berupa makanan ‘ready to eat’ ke Gaza buat kali ketiga baru-baru ini.

- Advertisement -

Ketua Misi Bantuan Kemanusiaan Antarabangsa iReach Malaysia-Gaza, Johan Arif berkata, pagi 1 November lepas kali ketiga edaran sebanyak 2,000 bungkus makanan diagih kepada penduduk di Jabalia Utara Gaza.

“Alhamdulillah kita bersyukur kerana Allah memudahkan urusan kita untuk membantu saudara kita di Palestin,” katanya di sini hari ini.

Menrutnya juga angka kematian akibat serangan tentera penceroboh Zionis Israel ke atas Gaza sekarang melebihi 10,000 orang.

Malah jumlah berkenaan tidak termasuk mereka yang terperangkap di bawah runtuhan dan sebagainya.

Kata Johan tentera Israel membunuh 10,022 penduduk di Gaza dan mencederakan lebih 25,000 lagi.

“Jumlah korban itu termasuk 4,104 kanak-kanak dan 2,641 wanita. Kementerian Kesihatan turut menerima laporan kira-kira 2,350 lagi hilang, termasuk 1,300 kanak-kanak,” katanya.

Beliau turut melahirkan perasaan kesal berikutan Zionis Israel tidak mempedulikan seruan gencatan senjata seperti disaran masyarakat di seluruh dunia.

Sebaliknya kata beliau, Zionis Israel semakin ganas ‘meratah’ penduduk di Gaza tanpa perikemanusiaan.

Sementara itu Johan mengajak rakyat di negara ini tanpa mengira agama dan bangsa terus membantu penduduk di Palestin yang berdepan pelbagai kesukaran. – HARAKAHDAILY 7/11/2023

- Advertisement -