35,000 tan bom telah digugurkan tentera rejim zionis

- Advertisement -

ANGKA korban di kalangan warga Palestin di Semenanjung Gaza akibat serangan dan pengeboman ganas tentera pengganas rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza terus meningkat kepada 10,022 orang temasuk 4,014 kanak-kanak. Sehingga hari ini dianggarkan sebanyak 35,000 tan bom telah digugurkan tentera pengganas rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza.

- Advertisement -

2. Tentera pengganas rejim zionis Israel terus mengebom perkarangan kesemua hospital-hospital yang masih beroperasi di Semenanjung Gaza malam semalam seperti Hospital Al-Quds, Hospital Indonesia, Hospital Al-Shifa, Hospital Al-Karama dan Hospital Kanak-Kanak Al-Nasr. Sehingga hari ini sebanyak 16 buah hospital terpaksa menghentikan operasi di Semenanjung Gaza.

3. Semalam tentera pengganas rejim zionis dengan amat ganas melancarkan serangan udara dan mengebom wilayah dan bandar-bandar di Semenanjung Gaza yang menyasarkan 450 sasaran seperti di bandar Gaza, Khanyounis, Rafah, Deir Al-Balah, Deir Al-Malleh, Zawaida, Jabalia, kawasan pantai Gaza, kejiranan Al-Zaiton, Al-Rammal dan Al-Nasr serta kem pelarian Al-Bareej.

4. Kumpulan pejuang Palestin membalas serangan udara dan pengeboman ganas tentera pengganas rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan melancarkan serangan roket ke atas wilayah dan bandar-bandar yang dijajah rejim pengganas zionis Israel seperti di Tel Aviv, Raim, Ain Hashlousha, Ashdoud, Kamira, Kfar Saad termasuk kedudukan dan pengkalan tentera regim pengganas zionis Israel di Raim, Kisufim dan Sofa.

5. Pertempuran sengit terus berlaku di kawasan sekitar Semenanjung Gaza antara kumpulan pejuang Palestin dan tentera pengganas rejim zionis Israel seperti di Khanyounis, Beit Lahia, Tel-Hawa, kawasan pantai Gaza, kejiranan Sheikh Rizwan, Juhr Al-Dik dan Talat Al-Qat.

6. Pertempuran sengit terus berlaku antara kumpulan pejuang dan anak muda Palestin dengan tentera pengganas rejim zionis Israel di bandar-bandar di Tebing Barat seperti di Jerusalem, Al-Khalil, Hebron, Halhol, Tubas, Nablus dan Tulkarm.

7. Tentera pengganas rejim zionis Israel semalam meneruskan operasi penangkapan warga Palestin di Tebing Barat dengan menahan 50 orang warga Palestin di sekitar Tebing Barat.

8. Pendatang haram yahudi yang tinggal di bandar Kiryat Shmouna dan Upper Galilee yang bersempadan dengan Lubnan diarahkan oleh regim pengganas zionis Israel agar segera meninggalkan bandar tersebut.

9. Tentera Hizbullah terus melancarkan serangan roket dan artileri ke atas kedudukan dan pengkalan tentera rejim pengganas zionis Israel di sekitar sempadan Lubnan seperti di Malkia, Avivim dan Dishon.

10. Tentera pengganas regim zionis Israel terus melancarkan serangan udara ke atas wilayah dan bandar di selatan Lubnan seperti di Ramia dan Beit Leaf.

11. Dalam kunjungannya ke Iraq menemui Perdana Menteri Iraq Mohammad Shia Al-Sudani, pemimpin agung Iran Ayatollah Sayyed Ali Khemenei menyatakan terdapat bukti jelas Amerika Syarikat terbabit secara langsung dalam peperangan di Semenanjung Gaza.

12. Empat buah pengkalan tentera Amerika Syarikat, dua di Iraq dan dua lagi di Syria berhadapan dengan serangan drone dan roket dari kumpulan pejuang di Iraq.

13. Kerajaan Afrika Selatan membuat keputusan memanggil pulang dutanya dari negara haram Israel.

14. Demonstrasi besar-besaran yang menyokong perjuangan rakyat Palestin terus berlaku di negara-negara di seluruh dunia seperti di Maghribi dan Pakistan.

Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin.

YB DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat
ADUN Batu Buruk – HARAKAHDAILY 7/11/2023

- Advertisement -