Bidang TVET memerlukan transformasi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) berpandangan bahawa kunci utama bagi Kementerian Sumber Manusia untuk memperkasakan pendapatan rakyat dan mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi adalah dengan mentransformasikan bidang TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional).

Katanya, ini dilakukan dengan memperkenalkan standard dan juga kokurikulum latihan yang sepadan dengan keperluan teknologi terkini supaya kekal relevan dan dapat mengelakkan isu ketidakpadanan.

- Advertisement -

“Justeru itu, sejauh manakah tahap kesediaan kementerian dari sudut tenaga pengajar serta silibus, terutama untuk program-program baharu yang melibatkan elemen-elemen seperti data analitik, teknologi robotik, digitalisasi dan `internet of thing’ yang menjadi teras utama dalam Industri 4.0?

Sementara itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mustapha Sakmud, mengakui perkara yang dibangkitkan menjadi fokus perbincangan dalam Majlis TVET Negara.

“Atas dasar itu dalam Mesyuarat Majlis TVET yang terakhir, insya-Allah kita akan melancarkan Dasar TVET Negara 1.0 yang merangkumi sehingga 2030.

“Di sinilah drafnya sedang disediakan dan kita cuba memastikan bahawa keperluan yang disebut oleh YB Kuala Langat tadi akan cuba dipenuhi,” katanya – HARAKAHDAILY 6/11/2023

- Advertisement -