Exco SG4 gembleng usaha tarik pelancong

- Advertisement -

KEMAMAN: Empat negeri yang terbabit dengan State Goverment 4 (SG4) di bawah PERIKATAN NASIONAL (PN) sudah memulakan perbincangan bagi meningkat sektor pelancongan di empat negeri terbabit.

- Advertisement -

Pertemuan Exco Pelancongan dari empat negeri terbabit diadakan di Tasik Kenyir baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, pertemuan itu membincangkan pelbagai perkara termasuk silang budaya.

Katanya perbincangan fasa pertama diadakan termasuk bertukar kebudayaan tempatan masing-masing.

“Jadi untuk fasa pertama kita sudah bincang ‘G to G’ antara empat negeri SG4 dan kita minta semua pengarah pelancongan berbincang untuk program silang budaya.

“Dan bertukar-tukar advertisment maksudnya promosi iklan daripada negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu. Maksudnya kebudayaan Terengganu ada di tiga negeri terbabit,” katanya selepas membuat lawatan kerja di Zoo Kemaman dan Taman Rekreasi di sini semalam.

Sebelum itu beliau mengikuti taklimat mengenai operasi zoo terbabit daripada pihak pengurusan. Zoo terbabit diurus Majlis Perbandaran Kemaman.

Zoo Kemaman dan Taman Rekreasi Kemaman dibuka pada 11 Ogos 2009 mempunyai keluasan 35 ekar. Zoo Kemaman merupakan gabungan zoo mini, taman, buah-buahan, herba, angrek, tumbuhan tropika, bonsai, taman tema air dan habitat semula jadi di Terengganu.

Ia terletak di laluan Jalan Mak Chili–Ibok dan Jalan Kerteh–Ibok.

Pada kunjungan itu anggota Exco turut berkesempatan memberi makan pisang kepada gajah yang terdapat di zoo terbabit. (Foto atas)

Razali juga berkata, setiap Exco Pelancongan SG4 sudah membuat pembentangan mengenai budaya dan tempat-tempat pelancongan menarik di negeri masing-masing.

Misalnya di Terengganu kaya dengan alam semulajadi iaitu ada pulau, tasik, pantai yang cantik, geopark dan pelbagai lagi.

“Dua elemen itu kita mulakan perbincangan dan kita nampak macam agak berjaya di mana peringkat pegawai kita sudah mulai berbincang.

“Insya-Allah tahun depan kita mula program yang saya sebutkan tadi. Tahun ini Terengganu sebagai tuan rumah, tahun depan mungkin Kedah sebagai tuan rumah.

“Kita akan berbincang lagi dan akhir sekali kita gulung pada tahun terakhir untuk lihat apa kemajuan yang kita telah buat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 6/11/2023