‘Bangkai gajah tak dapat ditutup dengan bendera PKR’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penglibatan parti politik dalam negara ini dengan badan-badan dunia yang dilihat cuba membonekakan atau melakukan pelbagai percaturan muslihat, bukanlah perkara baharu.

Sebelum inipun perkara tersebut telah pernah didedah dan dipersoalkan, namun ia diabaikan parti-parti berkenaan kerana dahulunya maklumat seperti ini tidak tular sebagaimana kini.

Namun kini, ia sedaya upaya cuba dinafikan, bahkan bersama ugutan tindakan saman dan sebagainya, tetapi netizen berterusan membongkar banyak maklumat lain yang sepadan dengan dakwaan.

Berikut ini dipaparkan antara tulisan yang mengemukakan penyataan bersama keterangan atau bukti bersangkutan dengan isu dibangkitkan dan dipertikaikan tersebut:

*- – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – -*

Dari Facebook: Nurul Islam Mohamed Yusoff

Bila netizen hentam PKR pasal jadi sebahagian dari Liberal International (LI), dia kata logo PKR dimasukkan tanpa kebenaran.

Dia pun minta website itu buang logo PKR. Jadi hari ini dia dengan bangganya isytihar logo PKR sudah dikeluarkan. 

Macam biasalah, dia ugut nak saman mereka yang kaitkan PKR dengan Liberal International. 

Okey nak bagi tahu si Fahmi ini, kau buat kerja biar habis. Ini buat kerja separuh jalan. Kau suruh keluarkan logo PKR, tapi ada lagi bukti lain tahu. contohnya,

1. Dalam LI Human Right Committee Buletin, 5th Edition – Women’s Rights. Ditulis, 

 “Drawing on the expertise of Nurul Izzah Anwar MP, Member of Parliament from the People’s Justice Party in Malaysia (PKR, LI full-member)…..”

2. Presiden LI Dr. Juli Minoves ucap tahniah kepada PKR yang merupakan ahli LI, kerana berjaya menjatuhkan Umno dan BN dalam PRU14. 

3. LI ucap tahniah kepada PKR yang merupakan ahli LI, sebab Anwar Ibrahim telah diberikan pengampunan dan dibebaskan dari penjara. 

Banyak lagi kalau nak disenaraikan, kau mengaku sajalah PKR memang ahli LI. PKR itu memang parti berideologi Liberal Demokratik. Apa yang kau malu nak mengaku. 

Jadi nasihat aku kepada Fahmi Fadzil,

Bangkai gajah tidak dapat nak ditutup dengan bendera PKR. 

Sumber asal: 

- Advertisement -

Dari Facebook: Muhammad Mujahid Ir Hj Mohammad Fadzil

Hari ini tersebarnya kaitan PKR dengan Liberal International. Kalau ‘godek’ lagi, akan jumpa nama-nama orang Malaysia yang terlibat dengan jaringan itu. Perkara ini dah lama sebenarnya. 

Cuma, kenapa baru sekarang perasan? Oklah daripada tak perasan langsung.

Cuba rajin-rajinkan lagi buat carian. Cek dalam National Endowment for Democracy (NED) under Amerika. Tengok siapa yang ada posisi dalam itu?

Tengok juga badan atau pertubuhan di Malaysia yang ditaja oleh NED. Antaranya Islamic Renaissance Front. Cuba ‘godek’ dalam itu, ada nama-nama politician yang terlibat.

Kalau rajin lagi, cuba ‘godek’ dalam RAND Corp (under Amerika) dalam kajian Building Moderate Muslim Networks. Ada nama orang besar yang terlibat dalam kajian tersebut.

Sumber asal: https://www.facebook.com/share/4WpZZYnoZFw2Xpa5/?mibextid=xfxF2iHARAKAHDAILY 6/11/2023

- Advertisement -