Palestin: Kenapa tiba-tiba lunak terhadap Zionis?

- Advertisement -

BERMULA dengan tular video bantahan daripada peserta yang hadir ke Himpunan ‘Freedom for Palestine’ di Dataran Merdeka anjuran Viva Palestin. Mereka menceritakan larangan takbir dan menaikkan sepanduk mengecam Presiden Israel Netanyahu.

12 orang wakil rakyat PKR gesa kaji semula Minggu Solidariti Palestin di sekolah dan institusi pendidikan.

Menteri Ngar Kor Ming kelihatan mengaitkan pakaian ala pejuang Palestin yang dipakai pelajar sekolah dengan fahaman ekstrem dan keganasan.

Lebih parah Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan garis panduan yang menetapkan larangan dalam Minggu Solidariti Palestin . Terdapat panduan yang nampaknya membuka ruang kepada perspektif lain dengan istilah ‘walaupun cuba untuk menunjukkan solidariti kepada Palestin, cuba memberikan gambaran yang berimbang mengenai situasi’ dan ‘elakkan menyinggung perasaan pihak lain’.

Luahan YDP PIBG yang berkongsi mengenai larangan takbir, qunut nazilah dan pemakaian bendera dalam minggu solidariti Palestin di sekolah.

Sekian lama Malaysia adalah negara dengan rakyatnya yang pro terhadap mangsa penindasan.

Kita membela mangsa kezaliman Dasar Apertheid di Africa, Arakan dan Palestin untuk sekian lamanya.

Tidak pernah selama ini segala laungan kemarahan kita terhadap Israel yang mengebom Gaza dan membunuh rakyat Palestin, mendapat gangguan seperti saat ini.

Kenapa hari ini kita perlu berhadapan dengan larangan karut marut seperti ini dalam ekspresi bantahan kita terhadap kezaliman Zionis dan mendidik generasi anak-anak Malaysia dengan jiwa bencikan penjajahan?

Terserlah sikap lunak terhadap Israel, cuba menjaga hati Zionis dan pro mereka, dan cubaan mencairkan sokongan mutlak terhadap Palestin.

Bukalah mata dan lihatlah di luar sana, dunia memberikan sokongan yang begitu besar terhadap Palestin, dengan simpati dan unjuk rasa rakyat yang tidak pernah berlaku sehebat ini semenjak penjajahan dari 1948. Protes yang begitu besar berlaku di London.

Tiba-tiba di Malaysia kita mempunyai pemerintah yang masih ketakutan dalam menunjukkan sokongan terbuka dan berani terhadap Palestin.

Perjuangan di Palestin adalah perjuangan agama, yang semestinya terangkum perjuangan kemanusiaan di dalamnya.

Kalau kalian mahu memisahkan perjuangan Palestin dengan agama dan hanya mahu sandarkan kepada kemanusiaan semata-mata, tetaplah harus kalian akui Israel itu pembunuh dan ekstremis sebenar. Penceroboh maha zalim.

Palestin tidak memerlukan sokongan geli-gelian, takut-takut dan pengecut dari mereka yang berselindung pucat di sebalik tembok. Mereka sudah pertaruhkan segala-segalanya – keamanan hidup, harta dan nyawa.

Palestin perlukan sokongan dari pihak yang ikhlas, dan bukannya golongan hipokrit yang hatinya bersama US dan Israel, hanya muka depan bersama Palestin kerana takut dikecam.

Bersama Palestin,

MARDHIYYAH JOHARI
Ketua Penerangan
Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah – HARAKAHDAILY 2/11/2023

- Advertisement -
- Advertisement -