Liputan 5G Pahang antara terendah di Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ustaz Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) menyatakan bahawa Pahang bukan sahaja masih ketinggalan dari segi liputan 5G , malah pencapaian negeri itu menyamai Sabah dan Sarawak.

“Bagi negeri Pahang, saya difahamkan bahawa liputan 5G adalah antara negeri yang terendah, iaitu empat negeri terendah di bawah 50 peratus.

- Advertisement -

“Jadi apa yang saya nak tekankan di sini ialah kenapa Pahang agak ketinggalan dari sudut proses pencapaian 5G kerana kita sebaris dengan Sabah dan Sarawak, iaitu di bawah 45 peratus,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada Sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, penyelesaian masalah itu dibuat secara pukal selepas pertemuan bersama kerajaaan negeri terbabit.

“Isu ini melibatkan pelbagai punca seperti tanah dan bekalan elektrik. Namun rata-rata dalam siri pertemuan saya bersama Ketua Menteri atau Menteri Besar, kita bawa dan selesaikan secara pukal.

“Contoh saya baru pulang dari Sabah dan Ketua Menteri sendiri memberi jaminan masalah di negeri ini akan dapat diselesaikan, insya-Allah saya akan ke Pahang pula,” katanya.

Mengikut soalan asal, Ustaz Kamal meminta Kementerian Komunikasi dan Digital menyatakan tempoh yang diperlukan agar capaian internet diperoleh di kawasan Kuala Krau, terutama di kawasan pedalaman. – HARAKAHDAILY 2/11/2023.

- Advertisement -