Kakitangan Wisma Darul Aman sertai penghayatan al Quran

- Advertisement -

ALOR SETAR: Bermula semalam (1 November) semua kakitangan Wisma Darul Aman digalak menyertai Program Penghayatan Al-Quran yang diadakan di Wisma Darul Aman.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Penerangan dan Komunikasi, Mohd Azam Abd Samat berkata, program itu melibatkan bacaan al Quran setiap hari bekerja bermula jam 8.30 pagi.

Katanya, bacaan al Quran akan dibaca dari bilik kawalan dan diperdengarkan ke semua blok di Wisma Darul Aman.

“Semua kakitangan boleh ikut serta membaca al Quran bermula jam 8.30 pagi dan diadakan selama 15 minit,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut beliau sasarannya setiap hari dibaca semuka surat sehingga khatam dan kemudian akan diulang kembali.

Kata beliau program itu bukan bermusim dan ia dijadikan aktiviti rutin setiap hari bekerja bagi kakitangan Wisma Darul Aman.

Mohd Azam juga berkata, kakitangan Wisma Darul Aman digalak solat jemaah di surau aras bawah Blok A.

Dalam perkembangan lain katanya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) bagi memperkasakan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). – HARAKAHDAILY 2/11/2023

- Advertisement -