Dulu PAS dikatakan tiada masa depan di Perak

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH, segala puji saya panjatkan kepada Allah, Tuhan yang telah mencipta langit dan bumi serta semua makhluk di alam ini.

Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan jazakumullahukhairan atas ucapan semua dan kepercayaan yang diberikan sekali lagi oleh pucuk pimpinan PAS untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Perak. 

Saya bukan yang terbaik dalam taklifan ini. Maka, mohon doakan semoga Allah membantu dan memudahkan urusan kita dalam menyambung kerja dakwah Nabi Muhammad S.A.W dan membawa visi serta misi PAS untuk kejayaan di dunia dan di akhirat.

Saya ingin menarik perhatian pembaca, jika kita imbau beberapa pilihan raya di Negeri Perak yang lepas, kejayaan paling besar PAS Perak berjaya kecapi kemenangan yang paling besar adalah sebanyak 6 kerusi apabila kita bergabung bersama Pakatan Rakyat (PR).

Namun setelah berlaku beberapa peristiwa yang membawa kepada perpecahan Pakatan Rakyat akibat ada ‘abang besar’ yang mahu PAS Perak hanya patuh dan tunduk dengan mengikut telunjuk mereka.

Saya masih ingat lagi kata seorang pemimpin salah satu parti dalam PR yang tidak perlu saya sebut namanya:

“You (PAS Perak) have no future in politics.” (Anda tidak ada masa depan dalam Politik) 

Namun perancangan Allah tidak siapa boleh halang. Pada PRU-14, PAS memenangi 3 kerusi dan alhamdulillah, pada PRU-15, PAS atau PN memenangi 17 kerusi tidak termasuk 9 kerusi yang telah dimenangi BERSATU atau PN.

PAS Perak akan terus memainkan peranan penting dalam perjalanan politik tanah air terutama di Negeri Perak serta akan terus memberi kesedaran kepentingan kuasa politik terutama kepada orang Melayu Islam. Siiru ‘ala barakatillah

“Adil, Prihatin dan Berkebajikan”

YB HAJI RAZMAN ZAKARIA 
Pesuruhjaya PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 1/11/2023

- Advertisement -
- Advertisement -