Nga Kor Ming dan 12 MP PKR yang patut dikecam

- Advertisement -

DEWAN Pemuda PAS Perlis menyokong penuh Minggu Solidariti Palestin dianjurkan peringkat KPM melalui sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Ini adalah tindakan tepat yang menunjukkan kebersamaan rakyat yang berbilang kaum, umur dan agama di Malaysia yang mengharapkan pembebasan Palestin dan mengutuk serangan dari Israel.

Tindakan pemimpin DAP yang bertaraf Menteri, Nga Kor Ming yang bersama 12 MP dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sepatutnya dikecam kerana memperlihatkan tindakan guru dan anak murid yang hanya berserban menutup muka dan ala-ala pejuang sebagai satu tindakan ekstremis.

Kami yakin simbolik kebersamaan yang ditunjukkan oleh pihak sekolah tersebut adalah satu bentuk sokongan buat para pejuang Islam Palestin yang mempertahankan negara mereka. 

Kami juga yakin banyak lagi aktiviti yang pihak sekolah akan jalankan sepanjang Minggu Solidariti Palestin yang pihak KPM sarankan termasuklah penerangan sejarah dan kronologi pembebasan Palestin, munajat buat rakyat Palestin dan kutipan sumbangan kewangan yang boleh disalurkan buat kemudahan saudara kita di Palestin.

Isu Palestin isu umat sejagat. Untuk perhatian Nga Kor Ming, rakyat Malaysia khususnya orang Muslim sangat dekat dengan rakyat Palestin. Negara mereka juga adalah tanah yang kami jaga bersama sejak dahulu. Kami sarankan pihak DAP khususnya Nga Kor Ming buatlah diskusi dan perbincangan dengan pihak yang sebetulnya untuk memahami isu sebenar Palestin.

Akhir sekali, pihak Dewan Pemuda PAS Perlis mengajak semua rakyat Malaysia umumnya untuk terus bersama-sama menyokong Palestin dan mengutuk serangan yang dibuat oleh israel. Mudah-mudahan sokongan yang kita berikan buat mereka meringankan dan memudahkan sebahagian urusan mereka di sana. Kita nak berjuang melawan Yahudi laknatullah di sana mungkin sukar namun apa yang kita perjuangkan bersama di sini dalam pelbagai cara, kita harapkan Allah menerima segala usaha kita bersama.

MOHAMAD AZREEN JUMRI
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis – HARAKAHDAILY 31/10/2023

- Advertisement -
- Advertisement -