HAMAS dimusuhi hanya kerana pegang teguh Islam

- Advertisement -

BOLEH dikatakan majoriti masyarakat awam seluruh dunia bersolidariti dengan Palestin dan mengutuk Israel. Tak kira Islam kafir Arab Melayu Mat Saleh Negro dan lain-lain. 

Jadi naratif yang dimainkan sekarang adalah menjatuhkan reputasi pejuang di sana. Semua tahu kumpulan terbesar di sana adalah HAMAS. 

Jadi macam-macamlah kita dengar cerita pasal mereka berlegar sekarang. HAMAS=Syiah, HAMAS pakat Israel, HAMAS pengganas dan lain-lain.

Kenapa HAMAS kena hadap semua ni? Sebab mereka jadikan Islam sebagai ideologi perjuangan. Mereka bukan separatist. Mereka bukan nasionalist. Bukan terrorist. Mereka adalah Gerakan Penentangan Islam (Harakah Muqawamah Islamiah).

Mereka bukan jemaah terawal dibentuk bagi membebaskan Palestin. Sebelum itu dah ada gerakan nasionalis Arab. Mereka juga bukan jemaah pertama berideologi Islam. Sebelum itu dah gerakan jihad lain.

Tapi setelah perjuangan Palestin semakin matang, mereka menyedari takkan ke mana kalau tanpa Islam, takkan berjaya kalau tolak politik, dan takkan mampu tanpa senjata. Kerana Israel bertunjang agama, berwadah politik dan berperang dengan senjata.

Apa sahaja mengenai gerakan yang nak tegakkan Islam dan mengancam percaturan politik musuh akan ditentang habisan. Inilah ideologi paling berbahaya buat penguasa dunia.

Dia macam PAS (Parti Islam Se-Malaysia); gerakan Islam yang menjadikan politik sebagai wadah menegakkan Islam. Bezanya, PAS tak gunakan senjata sebab Malaysia masih boleh berhadapan secara damai (muwajahah silmiah).

Kerana kefahaman Islam inilah, PAS terima tohmahan sama. PAS=Syiah, PAS=Wahabi, PAS=CIA, PAS=pengganas dan lain-lain.

Semuanya untuk jauhkan masyarakat dari gerakan sebegini. Mereka tak mahu orang Islam beri sokongan. Mereka tak mahu orang Islam bersatu di bawah penentangan bentuk yang sangat bahaya bagi mereka ini. Mereka tak mahu dunia menganggap gerakan ini di pihak yang benar.

Bersabarlah. Ini lumrah perjuangan. Teruskan melangkah. Seeru ala barakatillah.

Kita dalam wadah berbeza, dipisahkan dengan geografi berbeza, menghadap musuh berbeza. Tapi percayalah, kita menuju ke matlamat yang sama; redha Allah dan syurga firdausNya.

Salam mini love,

ALANG IBN SHUKRIMUN
15 Rabiul Akhir 1445
30 Oktober 2023 – HARAKAHDAILY 30/10/2023

- Advertisement -
- Advertisement -