Perkara luar biasa berlaku di Gaza

- Advertisement -

KITA biasa mendengar Gaza akibat perang suasananya begitu keras dan berdarah tetapi di sana ada satu sudut yang sangat bersinar di sebalik keperitan dan kesusahan.

Walaupun makanan dan minuman sangat sukar akibat perang orang Gaza terpaksa beratur sehingga 10 jam untuk mendapatkan bekalan, tetapi di sana tiada jenayah kecurian.

Adalah perkara normal di tempat lain jika berlaku bencana besar-besaran orang-orang akan pecah masuk pasar raya untuk mendapatkan makanan tetapi tidak di Gaza.

Jika ada pasar raya yang dibom mereka menunggu tuan kedai dan pasukan pembersihan melakukan kerja mereka kemudian orang ramai akan beratur mendapatkan bekalan.

Beratur panjang sehingga 10 jam adalah sangat menyeksakan dan golongan lelaki khususnya tidak sabar dan akan memberontak. Tetapi tidak di Gaza, jika ada perempuan hendak beratur maka semua lelaki akan mendahulukan perempuan tersebut kerana dia terpaksa beratur untuk memberi makan anak-anaknya dan mungkin tiada ahli keluarga lelaki yang boleh beratur untuknya.

Selama 18 hari perang begitu banyak rumah musnah, orang-orang Gaza bergilir beberapa jam seorang untuk tidur di atas satu katil buruk.

Apa saja makanan dan air yang ada mereka berbahagi sesama mereka walaupun tidak mengenali antara satu sama lain.

Berbeza sekali dengan tempat lain di dunia yang jika berlaku perang dan tiada kawalan polis maka akan berlakulah jenayah rompakan, kecurian, rogol dan seumpamanya.

Di jalan-jalan Gaza tiada polis, tiada kawalan bersenjata dari HAMAS tetapi mereka tetap beratur dan tidak memberontak serta melakukan jenayah.

Amerika jika dibiarkan tanpa polis sejam sahaja maka habislah pasar raya – pasar raya dipecahkan dan dirompak, bukan makanan asasi yang dicari tetapi barangan-barangan lain seperti tv, mesin basuh dan semua sekali akan dicuri. Inilah sudut bersinar yang ada di Gaza di sebalik keributan perang. 

USTAZ MOHD MAHYUDDIN MOHD YUSOFF – HARAKAHDAILY 26/10/2023

Sumber Asal: https://www.facebook.com/share/p/ZwLfdWeSje1Cm2Xp/?mibextid=qi2Omg 

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -