Kuala Terengganu perlu sistem penyuraian trafik efisien

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diharap dapat menaik taraf Jalan Persekutuan di kawasan Parlimen Kuala Terengganu bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas.

Datuk Ahmad Amzad Hashim (PN-Kuala Terengganu) berkata, Kuala Terengganu merupakan kawasan yang pesat membangun dengan kepadatan penduduk yang tinggi, selain menjadi destinasi tumpuan ketika musim cuti persekolahan.

- Advertisement -

“Jumlah kenderaan yang memasuki Terengganu telah melebihi kemampuan kapasiti sistem pengangkutan yang sedia ada.
 
“Pada tahun 2022, jumlah pelancong meningkat sehingga 175.2 peratus, iaitu sebanyak 10.23 juta orang.

“Justeru, pertambahan penggunaan kenderaan menyebabkan kesesakan lalu lintas di Kuala Terengganu bertambah kritikal tanpa mengira waktu, cuaca atau keadaan jalan,” katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024, di Dewan Rakyat, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata Bandar Raya Kuala Terengganu memerlukan sistem penyuraian trafik yang lebih efisien terutama di kawasan tumpuan seperti Pasar Payang, Dataran Drawbridge dan Masjid Putih.

“Besar harapan saya agar kementerian dapat melihat perkara ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 26/10/2023

- Advertisement -