Rakyat Malaysia sentiasa di belakangmu Palestin

- Advertisement -

ETHNIC cleansing moden dan kuasa tanpa had untuk satu organisasi yang meresap masuk dan menguasai ekonomi dan berstrategi politik akhirnya berupaya menghilang negara Palestin dari peta dunia. Ironinya kali ini kita meraikan sambutan maulidur Rasul, hari lahir Nabi SAW yang sangat mengasihi ummah dengan kita kehilangan jutaan saudara dan orang yang teraniaya.

- Advertisement -

Dalam sejarah konflik dan pendudukan haram zionis Israel, sejarah dalam semua kitab samawi menceritakan siapa dan akhlak Israel, sejarah moden Nazi menyaksikan jutaan Yahudi dibunuh di Jerman dan kini kita dihidangkan dengan pembantaian kejam zionis Israel setiap saat kepada rakyat Palestin. Apabila sesuatu peristiwa dan kejadian berlaku, para pengkaji dan manusia waras akan mencari objektif dan melihat fakta sebelum datang dengan kesimpulan dan keputusan yang rasional. Tiada satu pun yang boleh menyokong kezaliman zionis Israel dan semua hujah berada di sisi Palestin! Namun hasilnya tetap kosong.

Kini, United Nation menjadi batu gemala yang akhirnya mengecop dan mengesahkan tindakan “genocide, barbaric, terrorism and gangsterism” ini secara sah. Premis UN sebelum ini adalah rostrum tertinggi hak asasi manusia rupanya pentas lakonan badut-badut dunia menyatakan hak, kehendak dan nafsu mereka. memperjuangkan dan melaungkan hak asasi manusia rupanya perjuangkan hak Israel sebagai manusia dan menafikan undang-undang, sejarah dan kemanusiaan kepada Palestin.

Kedaulatan dan had sempadan sebuah negara bernama Palestin kini tinggal sejarah, tiada siapa mampu menyekat Israel menghambat keluar peribumi dan tuan tanah asal seramai 15 juta sama ada Muslim, kristian atau sebilangan Yahudi warga Palestin yang anti zionis. Sesiapa sahaja yang menentang mereka dianggap bersekongkol dengan Palestin justeru diberi lesen untuk dibunuh.

Undang-undang perang antarabangsa dirangka, dibahas dan dilulus hanya sebagai mainan bibir dan tulisan untuk ditatap dan digantung. Ia terpakai bilamana USA dan UK mahu ia diguna. Senjata ampuh untuk mengesahkan apa yang mereka ingin putuskan sebagai kuasa veto dunia. Israel dibantu dan disokong oleh kuasa-kuasa besar ketenteraan dunia. Wajah dan watak hakiki mereka kini terzahir sudah!

Sejarah perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua, Bosnia-Herzegovina, Iraq, Libya dan Syria tidak memberikan mereka apa-apa impak, malah membuka peluang lebih besar untuk mereka terus menguasai dan mengarahkan kehendak mereka dan orang yang mengawal mereka. Kini politik dan kepimpinan dunia jadi mainan seumpama games di dalam komputer. Ada pemain dan akhirnya kita boleh pilih dan atur apa yang akan terjadi. 

Wanita dan kanak-kanak, orang tua dan orang awam tiada apa-apa pengecualian dari menjadi mangsa pembunuhan secara beramai-ramai. Tiada istilah keamanan, keselamatan dan kebajikan dalam kamus zionis kepada Palestin yang tinggal adalah dendam, marah dan benci yang meluap lantaran dibuai kisah seorang lelaki bernama Theodore Herzl bahawa kononnya berabad dulu tanah ini pernah jadi didiami leluhur mereka. Lalu segala menjadi sah dan laku sekalipun dengan membunuh tuan dan merampas tanah. 

Klimaknya ialah pengeboman hospital-hospital membunuh ribuan pesakit dan doktor serta orang awam melanggar undang-undang perang dan antarabangsa dan di luar batas kemanusiaan, pemimpin negara-negara besar dunia. Lokasi paling selamat kini jadi kubur besar buat mereka. Kita yang menyaksikan akan terus dihantai rasa sedih dan bersalah sampai mati kerana propaganda mereka berjaya menakutkan kita semua pihak yang melawan berputih mata dan hanya mampu terkebil-kebil dan mengalir air mata sahaja. 

Benarlah hadis Nabi Muhammad SAW bahawa akan datang satu masa ummah yang ramai tapi mereka umpama buih tak mampu buat apa-apa untuk menyelamatkan jutaan rakyat selama lebih 70 tahun lantaran tiada kesepakatan, persiapan, kekuatan dan keberanian. Hakikatnya kita beramai-ramai gagal melindungi anak kecil dan wanita serta rakyat yang mempertahankan nyawa dan kedaulatan sebuah negara yang sah. Sedarlah! Perjuangan ini bukan diangkat dan dibela kerana ramai rakyat Palestin itu Muslim namun ia demi hak kemanusiaan dan kebenaran.

Kini alharam dan tempat ketiga paling suci untuk Islam dan semua agama besar dunia yang satu masa dilindungi oleh Umar Al Khattab r.a, Al Quds menjadi milik mereka. Mereka yang terkorban syahid demi maruah Al Quds, tanah air, keluarga, sejarah, agama dan undang-undang. 

Kendatipun begitu, sejarah dunia akan menyaksikan bahawa kita rakyat Malaysia sentiasa di belakangmu Palestin. Wahai Dunia! Duhai Ummah! Bangkitlah dan buatlah sesuatu untuk mereka. Hari ini hari mereka kalau kezaliman ini dibiarkan akhirnya ia akan sampai di depan pintu rumah kita! 

Yang tersisa buat ummah! Viva Palestina! Khaibar Khaibar Ya Yahud! Allahu Akbar!

MUMTAZ MD NAWI
Ahli Parlimen Tumpat
Participant Of Women Peace and Security Asean Inter-Parliamentary Assembly 
Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Muslimat Parti Islam Se-Malaysia
18 Oktober 2023 – HARAKAHDAILY 18/10/2023

- Advertisement -