PRU15, PRN15 prestasi terbaik dalam sejarah PAS

Ustaz Fadhli Shaari
- Advertisement -

SHAH ALAM: Pengundi muda telah menjadi kelompok penentu kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Negeri ke-15 (RN15), kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

- Advertisement -

“Kita juga telah menyaksikan bagaimana anak muda telah memberikan undi yang maksimum kepada Perikatan Nasional.

“Jika kita singkap statistik pengundi Pilihan Raya Umum ke-15 bagi enam negeri baru-baru ini, jumlah pengundi berdaftar adalah seramai 9,773,571 orang,” ujarnya semasa menyampaikan ucaptama pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-64 di IDCC di sini, malam ini.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, iaitu 51.88 peratus atau 5,070,652 merupakan pengundi muda dan dari angka itu seramai 3,254,239 merupakan pengundi pertama kali (first time voters).

Katanya, PERIKATAN NASIONAL melalui slogannya ‘Prihatin, Bersih dan Stabil’ telah menjadi pilihan majoriti anak muda di Negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Pahang.

SEhubungan itu, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengundi khususnya anak muda yang telah memilih PERIKATAN NASIONAL.

“Syabas juga turut diucapkan kepada semua jentera di pelbagai lapisan yang telah berkorban masa, tenaga dan wang ringgit bagi memastikan Perikatan Nasional mencapai kejayaan yang besar pada hari ini.

“Ini merupakan prestasi terbaik dalam sejarah PAS,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Muktamar itu dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. Turut hadir ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Ahmad Yahaya dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin. – HARAKAHDAILY 18/10/2023

- Advertisement -