Baitul Maqdis mempunyai keistimewaan tersendiri

- Advertisement -

PAGI tadi diskusi bulanan di Pejabat Menteri Besar Terengganu berkisar subtopik Pembukaan Baitul Maqdis dan konsep wasatiyyah dalam ekonomi Islam.

- Advertisement -

Beberapa pengajaran dapat diambil daripada dua topik ini:

1. Baitul Maqdis mempunyai kepentingan dan keistimewaan tersendiri yang sangat banyak – salah satu dari tiga tanah suci, kiblat pertama, bumi kelahiran para anbia’, tempat tinggal mereka dan tempat dikebumikan serta banyak lagi.

2. Saidina Umar banyak bermesyuarat dengan para sahabat untuk membuat keputusan. Ini menunjukkan pentingnya bermesyuarat bagi mendapatkan keputusan terbaik.

3. Untuk membuka Baitul Maqdis, strategi diatur. Ini juga menunjukkan kepentingan mengatur strategi bagi memastikan kemenangan dicapai.

4. Dalam pelbagai perang, biasanya tentera Islam memberi tiga pilihan: peluk Islam, berdamai dengan bersyarat atau berperang.

5. Saidina Umar sendiri menerima cadangan Saidina Ali supaya Umar sendiri pergi ke Baitul Maqdis agar beliau terlibat secara langsung dalam pembebasan Baitul Maqdis. Ini menunjukkan kekadang pemimpin tertinggi mesti hadir sendiri dalam sesuatu peristiwa penting untuk memperlihatkan kecaknaannya.

6. Di bawah tajuk alwasatiyyah dalam ekonomi, Islam menerima  kewujudan perbezaan akal dan kebolehan manusia. Justeru, perlu ada pihak politik yang memerintah dengan berilmu dan bijak untuk mentadbir.

7. Al-wasatiyyah tidak bermakna menyerah kalah kepada kezaliman atau berperang secara melampau. Harta yang diperolehi dari perang juga ada beberapa bentuk. Pengurusan harta juga ada pelbagai cara.

8. Konsep wasatiyah Islam membezakan antara sifat Islam yang adil dan negara zalim atau penjajah yang menakluk. Sistem ekonomi dan kewangan Islam membetulkan sistem yang rosak tanpa merampas hak dan harta. Tiada sistem teokrasi dan sistem feudal. Aspek halal haram diambil berat.

Mudah-mudahan Baitul Maqdis dapat dibuka dalam masa yang tidak lama lagi insya-Allah. – HARAKAHDAILY 17/10/2023

Penulis adalah Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu.