Bekas kolumnis Harakah dilantik Setpol MB Kedah

- Advertisement -

ALOR SETAR: Bekas kolumnis Harakah ‘Nota Utara’ Zulkifli Yahaya dilantik sebagai Setiausaha Politik (Setpol) Menteri Besar (MB) Kedah yang baharu.

- Advertisement -

Zulkifli sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Khas Menteri Besar sejak penggal lalu.

Beliau menggantikan Mohammad Helmi Wahab. Majlis pelantikan dan angkat sumpah jawatan diadakan di Wisma Darul Aman di hadapan Menteri Besar Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebelum mesyuarat Exco diadakan, hari ini. (Foto atas)

Zulkifli juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah di era kepimpinan almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak. – HARAKAHDAILY 11/10/2023

- Advertisement -