Pensyarah KIAS didedah konsep UMI

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) menganjur program kefahaman mengenai konsep Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan (UMI) yang menjadi dasar kerajaan negeri.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, Wan Roslan Wan Hamat berkata, UMI merupakan indikator utama tamadun umat Islam.

Katanya program UMI diperkenalkan kerajaan negeri kepada seluruh penjawat awam bagi membolehkan mereka menghayati dasar Membangun Bersama Islam (MBI) yang terangkum di dalamnya UMI.

“Kali ini program UMI melibatkan pensyarah KIAS bagi membolehkan mereka menghayati konsep tersebut sebelum disampaikan kepada pelajar.

“Biar pun ramai sudah tahu mengenai konsep tersebut, namun pemahaman secara lebih mendalam penting untuk membolehkan ia diperluaskan ke semua peringkat,” katanya pada perasmian program berkenaan semalam.

Turut hadir Rektor KIAS Prof Emeritus Dr Ab Aziz Mohd Zin dan pegawai kanan institusi pengajian tinggi terbabit.

Program penghayatan UMI sebelum ini melibatkan pelbagai jabatan dan agensi milik kerajaan negeri termasuk Yayasan Islam Kelantan.

Program terbabit dikendalikan di bawah Institut Pemikiran Tok Guru. – HARAKAHDAILY 11/10/2023