Bersatu serah PAS tentu calon PRK Kemaman

Datuk Razali Idris
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Bersatu menyerahkan sepenuhnya kepada PAS bagi memilih mana-mana tokoh sebagai calon PERIKATAN NASIONAL (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman tidak lama lagi.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris berkata, PAS mempunyai banyak pengalaman menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) atau Pilihan Raya Umum (PRU).

- Advertisement -

“Jadi kita serah kepada PAS sepenuhnya. Kita tidak ganggu tentang pemilihan calon atau mencadangkan mana-mana pemimpin,” katanya ketika ditemui pemberita pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu di sini, semalam.

Kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid di Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dibatalkan oleh Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lepas atas dakwaan berlaku sogokan program kerajaan negeri yang dianggap boleh mempengaruhi pengundi.

Pada PRU15 lalu, Che Alias memenangi kerusi berkenaan selepas mendapat 65,714 undi menewaskan calon Pejuang, Rosli Ab Ghani (506 undi); calon BN, Datuk Seri Ahmad Said (38,535 undi) dan calon Pakatan Harapan, Hasuni Sudin (8,340 undi).

Che Alias memenangi kerusi berkenaan untuk penggal kedua dengan majoriti 27,179 undi. – HARAKAHDAILY 5/10/2023

- Advertisement -