Virus-X: Adakah kepimpinan negara bersedia?

Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin
- Advertisement -

MASJID TANAH: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin menzahirkan kebimbangan berkaitan kemampuan kerajaan sekarang menangani virus-X yang kemungkinan bakal melanda dunia dan Malaysia.

- Advertisement -

“Adakah kepimpinan negara kita dan bersedia? Kalau Tan Sri Muhyiddin Yassin, pimpinan PERIKATAN NASIONAL jadi pimpinan negara, saya yakin. Sebab mereka dah ada pengalaman.

“Tapi kalau kerajaan hari ini yang dipimpin oleh PMX saya tak berani jamin,” ujar beliau yang juga Pengerusi PERIKATAN NASIONAL Masjid Tanah.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan majlis penutupan rasmi Sambutan Maulidur Rasul Parlimen Masjid Tanah yang berlangsung di Markas PAS kawasan, Jalan Hujan Panas, di sini, hari ini.

Baru-baru ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan kenyataan bahawa virus-X, suatu virus yang belum disahkan, namun berkemungkinan besar akan melanda dunia yang bakal memberi kesan lebih teruk dari Covid-19.

Jelas Mas Ermieyati, kebimbangan beliau berasas jika dilihat daripada kegagalan kerajaan hari ini dalam menyelesaikan isu ekonomi rakyat setelah 10 bulan berkuasa.

“Dalam tempoh 10 bulan dia masih lagi gagal untuk membentuk ekonomi yang terbaik kepada rakyat, memberikan pakej-pakej rangsangan ekonomi yang terbaik untuk rakyat. Dia kata bagilah masa, bagilah masa kepada kerajaan ini. Dah lebih 10 bulan.

“Sedangkan kita ada dekat sebelah jiran sebelah baru saja menduduki sebagai Perdana Menteri Thailand, tiga bulan dah umum berbilion pakej rangsangan untuk petani, untuk membantu rakyatnya yang susah,” ujarnya.

Tambah beliau, ia boleh dilakukan sekiranya seseorang pemimpin itu memiliki kesungguhan dan keikhlasan dan akan gagal jika pemimpin itu hanya pandai beretorik dan berpolitik.

“Sebab itu di hari yang baik ini kita berdoa sama-sama supaya apa yang mendatang ini kita dapat hadapi dengan kesabaran dan istiqamah.

“Pada masa yang sama kita berdoa supaya pemimpin negara kita ini dibukakan hati supaya dapat melakukan yang terbaik untuk rakyat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 28/9/2023

- Advertisement -